Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan blogger sekalian. Semalam saya kata nak blogwalking sampai semput, tapi ada jugak yang terlepas pandang. InsyAllah suatu hari nanti saya akan bertandang jua. I LOVE You ALLzzz!! Walaupun saya tak kunjung tiba, tapi namamu terpahat dihatiku bebeh. Pagi-pagi ni entah kenapa rindu pulak kat sahabat blogger yang rapat dan menyentuh hati saya. Kalau dapat jumpa dan berkumpul ramai-ramaikan best. Eh, ada pulak yang pemalu nanti..hehe..dalam blog kemain eksyen ko kan? Kat luar menikus! Ahakzz (pinjam perkataan Jebateja..i like!)
PERNAH JUMPA
Tapi dalam ramai-ramai saya dah jumpa SENEORITA BAHARIN. Dik Anie yang sehati sejiwa dengan saya dan kami banyak persamaan. Maklumlah anak bongsu..hehheh. Bergelak ketawa bersama serta pemarah, opss peramahh.. Akan tetapi semenjak dua menjak dik Anie kena teruskan pembelajaran dan mengejar cita-cita dulu. Ada waktu terluang dia akan update blog. Namun tak la sekerap dulu..tak macam Kak Jhaa nya yang blogging siang malam. Ehekk. Selamat maju jaya Dik Aniee.. Dah berjaya nanti jangan lupakan akak thaauu!
TERTUKAR NAMA
Nama dik Aniee selalu saya tertukar dengan dik AINI ZAKARIA.. masa nak komen blog diorang kena pastikan betol-betol, ni Anie ke Aini.. Nanti tak pepasal tersilap pulak.. secara tak sengaja buat mereka pelikss.. Ehh Kak Jhaa ni dah tak betul ke? Haha.. dik Aini pun pasti sibuk dengan study jugakkan. Tiga kali akak pergi blog dik Aini semalam. Ehh entry dik Aini dah komen nih.. Pastu lupa dan pergi balik. Haiyaa aku dah datang la tadi. Dasar kau kan. PELUPA! Apapun tu tandanya Kak Jhaa sayang dik Aini.. hehe..
MENYENTUH HATI
Blog Acikk wajib kena pergi.. mesti ada entry dia yang pernah saya alami dan menyentuh hati. Ada yang buat saya mengalirkan air mata.. sob sob..sedih tau. Mungkin sebab tu la ramai yang suka berkunjung blog AKU PENGHIBUR ni. You memang penghibur lah Acikk. Acikk ni umur berapa sebenarnya?? kehkeh. Saya agak mesti la >22 sebab dia dah boleh mengundi hari tu. Dan mungkin juga <25 sebab dia masih lagi bergelar pelajar..huwahahah.. Alaaa Acikk tak payah buat saya berteka-teki. Baik bagitau je sonang!
ADIK IPAR
Haa ni Acikk jugak.. Nama dia Hasri. Pemilik blog PENSEL BURUK. Tulus mulus orangnya dan banyak ilmu agama didada. Teringin nak buat adik ipar kalau saya ada adik la. Dia antara pengomen terbaek dan selalu beri ilmu kat kita bila dia komen. Semoga dik Hasri bertemu pasangan yang setulus Hasri. Kalau nak sedarkan diri dari nikmat dunia silalah berkunjung ke blog Hasri untuk membasuh hati. Pasti ada yang menyentuh hati kita. Jarang nak ketemu blogger yang menyampaikan ilmu akhirat macam Hasri.
ABANG
Ada sorang blogger yang selalu buat saya berfikir siapa dia sebenarnya sebab dia tak dedahkan identiti. Tapi dia akan selalu datang bertandang. Ohh saya suka dia.. macam ada tarikan tersendiri. Ehh jangan jatuh cinta pulak. Dia suami orang tau.. i know i know..hahaaha. Siapakah dia? Pemilik blog RELAKS MINDA yang beridentiti Bin Muhammad. Dan saya tak tau nak panggil apa. Takkan nak panggil Bin kot. Ermm saya panggil Abang lah. Ahakks gatal!
PAKCIK
Ada sorang lagi yang layak dipanggil abang ialah PCL. Ehh bukan..Pakcik yee..macam tua pulak panggil pakcik. Nampak macam muda lagi. Jangan marah MamaD.. dik gurau aja dong. Haha.. Blog PCL ni santai-santai menceritakan kehidupan beliau seharian. Kerap juga dia post tentang makanan dan kedai yang pernah mereka sekeluarga berjamu selera. Anak dara PCL dah besar panjang la.. kawen muda kot PCL ni.
MOVIE
Blog kepunyaan dik REMY HAZZA. Aku Cuma Seekor Kumbang. Hahaa..Dulu blog dia Aku Cuma Seorang KULIKUTIF. Remy ni suka tengok citer-citer terbaru kat pawagam dan review kat blog beliau. Akak citer lama pun tak tengok lagi.. Haiyaa!
MAKKK!!
Hai MAKK!! Sering jugak bertempik kt blog BICARA MAK DARA. Rasa macam mak saya pulak. Ehh mak ada blog?? Mungkin sebab panggilan mak la kot saya suka bertempik kat blog mak. Macam saya call my mom dan saya akan bertempik Maaaaa!!! Dengan nada suspen, pastu baru cakap assalamualaikum maa dengan nada rendah.. Hahahha.. Like childish!
YEEEHAAAA!!
Ada satu lagi yang saya akan bertempik macam cowboy.. Yeeeeehaaaa.. kat blog IHA ZALIZA.. Haha kesian dik Ihaa akak buat macam tu. Tapi you know, Ihaa ni tersangatlah sporting dan lawak orangnya. Rasa nak jumpa dan menubuhkan sebuah kumpulan lawak gempaq! Sayang dik Ihaa.. Banyak entry dia yang buat saya tersentuh kerana ketabahannya menjalani hidup sebagai seorang pesakit Osteogenesis Imperfecta (OI). Untuk pegetahuan uolls dik Ihaa ni pandai menulis novel dan cerpen. Rasa macam nak je suruh Ihaa tulis kisah hidup saya yang berliku-liku ni menjadi sebuah novel. Pasti meletopp!
LAWAK GILERR!
Blog ni masa mula-mula datang dulu saya dah jatuh cinta pandang pertama gara-gara entry dia yang lawak giler. Enry pasal dia cakap yang dia beberapa kali buat-buat sawan depan seorang blogger. Hahaha..berdekah-dekah saya ketawa. Suami balik dari kerja siap citer lagi pasal kelucuan tersebut. Memang lawak lah you ni Abang Boni.. pemilik blog BONI KACAK! Ok, beri tepukan gemuruh kepada beliau kerana telah memenangi ANUGERAH BLOG LAWAK TERGOLEK-GOLEK.. Hahaha
PANDUAN
Blog yang menjadi panduan saya untuk penulisan dan penghasilan blog yang bagus ialah blog milik EN. HANIF IDRUS. Disamping berkongsi tips berblog beliau jugak ada menulis pasal pengalaman dan kehidupannya. Walaupun blog dia dah kebabomm tapi tidak sombong orangnya. Selalu jugak dia bertandang. Pepatah Melayu ada mengatakan 'Ikut Resmi Padi, Makin Tinggi Makin Menunduk'.
Ni adalah antara blogger yang saya dah kenali sedikit sebanyak. Dan ada lagi blogger yang berjaya buat saya terpaut. Sesungguhnya uolls ada bakat dan kelebihan masing-masing. Do the best my friend! InsyaAllah, saya akan sentiasa menjadi pembaca dan mengikuti perkembangan semasa anda. Terima kasih juga kepada semua blogger yang tidak jemu datang ke blog saya. Tanpa anda semua siapalah saya dalam arena blog ni. Ehh ayat sapa la saya sapu ni. Okey sebelum tu saya nak tujukan lagu ni buat kawan-kawan blogger yang saya kasihi sekalian. Selamat menikmati..
Thank you for reading my entry!
No comments:
Post a Comment