Thursday 25 April 2013

HAPPY BIRTHDAY!!

Assalamualaikum..

HAPPY BIRTHDAY Mieza!! Hehe untuk diri sendiri. Tidak mengapalahkan asal bahagia. Auww berdebar i uolls tunggu hadiah dari Mr.K. Apa la agaknya. Kikiki.

Ini bermakna hari ni genap la umur saya 27 tahun! Oh rasa macam baru 17 haritu, rupanya dah 10 tahun berlalu. Tua dah saya ni rupanya. Namun masih lagi bersifat childish yang memang sinonim dengan nama Mieza. Dikenali sebagai mek manja dan orang memang tak anggap umur saya 27. Asyik-asyik tanya belajar kat mana? Apa la yang mereka lihat pada diri saya agaknya? Ketidakmatangan? Jangan pandang sebelah mata ye, sebab saya mempunyai banyak pengalaman yang mungkin korang semua tak pernah rasa. Pengalaman yang mematangkan diri saya dari dalam walaupun nampak childish. Hehe.

Syukur alhamdulliah, saya sekarang sudah berkahwin dan mengecapi kebahagiaan bersama suami tercinta. Syukur alhamdulillah kerana banyak impian yang telah tercapai. Betapa peritnya untuk mencapai sesuatu impian suatu ketika dulu. Ia buat saya berusaha sesungguh hati dan tidak sesekali berputus asa. Saya akan berusaha jadi yang terbaik dan berubah ke arah yang lebih baik.




Thank you for reading my entry!

No comments: