Sunday 23 June 2013

Budak hingusan tak boleh daftar Google dan Facebook.

Assalamualaikum. Semalam anak jiran datang rumah nak mintak tolong daftar Facebook. Budak sekarang, sekolah rendah pun dah ada facebook. Adik ipar saya darjah 5 dah pro guna facebook. Anak jiran ni tingkatan 1, tapi masih blur lagi bab-bab penggunaan media sosial ni. Boleh la saya ajar sket-sket, kot nanti jadi macam saya pulak. Tingkatan 1 masih lagi main masak-masak belakang rumah.

Mula-mula nak kena buat email dulu. Tapi problem pulak kat situ sebab budak ni tak cukup umur. So, terpaksa tukar hari lahir menjadikan budak tu sekarang berumur 23 tahun..Haha..lantaklah dik asal dapat main facebook. Akhirnya DONE!

Pastu masalah seterusnya pulak timbul bila nak daftar facebook pun tak boleh jugak atas alasan yang sama. So, terpaksalah guna umur macam tadi, 23 tahun. Hah..tua dah kau dik. Akhirnya selesai. Lepas tu saya bagi nasihat sket. Gambar-gambar seksi dan tak bertudung, jangan upload dalam facebook ni dik. Bukan setakat berdosa, malah bahaya. "Err upload tu apa kak jaa?".. *&^%$#& :P

Thanks for reading..

No comments: