Sunday 11 August 2013

Rumah Terbuka Lee Chong Wei.

Assalamualaikum.. Amboi-amboi lamanya uolls cuti beraya.. dah-dah la tu. Keboringan dah saya ni menunggu komen-komen untuk dibalas. Hehe.. Padahal hari ni sibuk giler buat rumah terbuka. Dengan hanya 2 tangan ni la terhasilnya 3 biji kek, mee goreng, coklat, biskut, dan bermacam-macam lagi. Tapi keletihan tu hilang setelah tetamu datang memeriahkan suasana. Lupa pulak nak ambik gambar tadi. 

Lepas tetamu pulang, apa lagi..cepat-cepat buka TV. Tak sabar nak tengok Lee Chong Wei bertemu Lin Dan dalam Kejohanan Badminton Dunia 2013. Fuh! memang sengit. Dua-dua memang tangkas dan bijak mengatur strategi, hinggakan nak berkelip sekejap pun tak hingin. Takut terlepas aksi menarik. Minat giler tengok perlawanan badminton yang mempertemukan Lee Chog Wei dan Lin Dan. 

Tapi sayang, saat-saat akhir Lee Chong Wei terpaksa menarik diri kerana mengalami kekejangan otot. Kesian Lee Chong Wei. Akhirnya, Lin Dan menjadi juara Kejohanan Babminton Dunia 2013 setelah setahun berehat dari perlawanan besar sebegini. Memang tuah kau Lin Dan. Adat permainan macam tu lah, ada kalah ada menang.

Info tentang Lee Chong Wei yang korang harus tahu.

Dilahirkan 21 Oktober 1982, Chong Wei, pemuda yang terkenal dengan sifat peramah ini sudah menundukkan ramai pemain dunia, termasuk pemain nombor satu dunia, Lin Dan, dari China. Beliau mendapat pendidikan awal di Jit Sin Primary School (B) sebelum menyambungkan pelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Way.


Dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia ini, kejayaannya bukan sedikit. Beliau merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan pada 21 Ogos 2008. Beliau ialah pemain badminton Malaysia yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Thanks for reading..

No comments: