Sunday 15 September 2013

Zeropoint

Sumber Facebook

Haa..sesiapa yang obses dengan game ni waktu sezaman dengan saya dulu memang cam sangat dengan tajuk kat atas. Tak perlu diterangkan lagi 'zeropoint' tu apa. Orang bandar panggil 'lompat getah' kot. Tapi orang bandar main ke benda nih? Haha


Dulu nak beli getah tak ada duit. Menyelinap bawah rumah cari getah buangan, banyak lagi bagus. Silap haribulan kena getah lama, putus serta-merta. Tak sempat main dah kena cantum balik. Kalau beli 10sen pun dah banyak, tapi baik beli air kat sekolah boleh hilangkan dahaga.

Zeropoint ni saya main depan rumah je bersama budak-budak Thailand yang 4,5 tahun lebih muda. Kawan sebaya memang tak ada kat kawasan berdekatan sebab tinggal dalam kawasan 'Jin bertendang' *kawasan terceruk hujung kampung.


Paling bangga bila dapat melepasi tahap paling tinggi iaitu paras atas kepala. Cayalah beb, sekali libas dengan kaki dah lepas ke seberang. Lagak macam ninja gitu. Lama dah tak buat aksi libas macam tu. Kalau cuba buat sekarang, agak-agak menjadi lagi tak? Hehe

Haha..sekali kena libas macam ni, remuk muka. Nak selamat, pegang tali jauh-jauh sket.


Thanks for reading..

No comments: