Sunday 20 October 2013

Jangan Terus Buka Aircond!


Terbaca satu info ni di facebook pagi tadi. Memang agak mengejutkan sebab tak tahu lagi tentang penghasilan Benzene didalam kereta bila terdedah dengan kepanasan.

Biasanya saya buka sedikit tingkap kereta sebelum meninggalkannya di bawah matahari terik. Dan sebelum menghidupkan aircond, saya akan pastikan isyarat 'cool' hilang terlebih dahulu. Buka tingkap luas sket agar haba keluar dan baru buka aircond. Nasib baik tak terus buka aircond selepas menghidupkan enjin.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50mg bagi setiap kaki persegi!Manakala, jika kereta anda terdedah pada matahari, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000mg, iaitu 40 KALI GANDA dari tahap yang dibenarkan.
Bahaya tu.. patut la ramai je kena kanser sekarang ni. Banyak faktor rupanya. Malah terlalu banyak sehingga tak terhindar. Kepada yang sudah tahu pasal ni, sila sebarkan kepada sanak-saudara ye.

No comments: