Monday 14 July 2014

Di rumah saja dong..


Hadusss raya ni nampaknya saya akan beraya bersama kek. Sebelum raya bertungkus lumus kena siapkan kek orang. Raya ke tiga dah kena buat kek lagi. Saya terpaksa tolak banyak permintaan sebab masalah tak muat peti. Nampaknya lepas raya saya kena tambah sebiji lagi peti 3 pintu. Dan paling penting kena tambah pekerja.

Banyak lagi nak pakai modal nampaknya walaupun saya buat kek kat rumah saja. Ramai orang bertanya, "Kedai kat mana..?".. Mereka ingat saya ada sebuah kedai kek. Ada yang datang ke rumah dengan keadaan terpinga-pinga, "Buat kat sini ke kek-kek tu semua..??" Ye..hanya disini. Hanya bekerja dirumah, cuma ada bilik khas untuk kek, mempunyai 2 orang pekerja dan mempunyai kelengkapan kek yang biasa-biasa sahaja.

Buat masa sekarang saya masih tidak berminat untuk membuka kedai kek walaupun Kek Cinta Dungun boleh dikatakan sudah dikenali ramai. Banyak sebab...

Pertama.. Saya seorang isteri dan juga surirumah. Tiada orang gaji untuk memasak dan menguruskan suami kalau saya buka kedai kek nanti. Tugas tu hanya saya yang boleh sandang. Orang lain tak boleh! Hehee

Kedua.. Sewa kedai kat Dungun mahal oo.. bajet tinggi. Perlukan banyak modal dan memerlukan pinjaman bank. Setakat ni saya hanya menggunakan modal sendiri. Berusaha tanpa bantuan pihak ke tiga melainkan Mr.K..hehee

Ketiga.. saya perlu menambah banyak lagi ilmu pengetahuan tentang perniagaan. Jadi saya kena berusaha di rumah dulu untuk mempelajari teknik-teknik berniaga dengan betol. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Di rumah pun boleh berjaya sekiranya kita bijak dan bersungguh-sungguh dalam bidang yang diceburi.


Jadi bagi saya, tempat tidak menjadi penghalang untuk berjaya macam bakery yang lain asalkan ada ruang yang selesa dan cukup kelengkapan termasuk pekerja. Perniagaan berjaya, rumahtangga juga berjaya. Tak gitu??


 Haa sudi-sudi la cuci mata kat sini. 

No comments: