Friday, 18 October 2013

Ibu Mertua Kesayanganku.

Assalamualaikum.. Terbahak-bahak saya ketawa bila mak mertua 'call' bertanyakan tahap kesibukan saya sekarang ni. Maklumlah, masih lagi tercari-cari pekerja tetap sebagai pembantu. Apa yang lucu sangat sehingga saya ketawa besar? Ingatkan mak dah jumpa seorang pekerja yang dicari-cari selama ni, rupanya mak sendiri yang menawarkan diri untuk membantu. Mak kata, "Kalau sibuk sangat, bagitau la.. dapat la bantu sikit-sikit." Aduhh, macam mana tu? Sanggupkah saya mengambil mak mertua sebagai pekerja? Oh tidakk.

Terpancar kegembiraan di wajahnya bila perniagaan menantu dah semakin maju. Sungguh terharu dengan sokongan yang beliau berikan.

Seperti biasa, hari Jumaat adalah hari yang paling sibuk. Kebetulan pula Mr.K ada dirumah. Alamak! Kena masak makan tengah hari pulak, sedangkan banyak lagi kek yang belum siap. Sedang memikirkan menu ringkas dan cepat siap, tiba-tiba mak mertua 'call', "Mak nak masak nasi tomato dengan daging masak kerutuk ni. Kita makan sama-sama nanti."


Alhamdulillah, dikala pening memikirkan kesuntukan masa untuk masak, rupa-rupanya mak mertua dah terlebih dahulu menyelesaikan masalah tersebut. Dia tahu saya sibuk hari ni. Syukur alhamdulillah, kerana dikurniakan seorang mak mertua yang memahami dan baik hati.

Thanks for reading..

No comments: