Friday 18 October 2013

Apa Yang Ada Pada Blog Ben Ashaari?

Assalamualaikum.. Pagi ni saya sedang mengkaji blog Abang besar kita. Bukan sekadar muscle sahaja yang besar, malah otak beliau juga besar dalam dunia blogger.

Abang Ben kata, Keunikan dalam penulisan itu penting kalau nak jana pendapatan melalui blog. Maksudnya, kena buat entri sendiri yang menunjukkan anda seorang penulis berkebolehan.
Ianya mudah jika anda menulis dengan hati. Jika menulis dengan nafsu , maka …. Dan pastikan entri anda ada ‘perasaan’ .. Barulah orang terpikat dan .. walaaahhh … Masa tu , baru tau masa betapa payahnya nak dapat duit dari blog ni .. heee… Nampak je mudah ..
Saya tak pasti berapa pageview blog Ben Ashaari setiap hari. Tapi saya kira meter pageviewnya bergerak 10kali seminit! Dengan purata entri 6 sehari. 6 ok! Mana beliau dapat idea tu? Tu saya kata otak beliau besar.

Saya kira ada 10 banner iklan di blog beliau. Kata Ben Ashaari lagi,
Benar .. anda mampu menjana pendapatan melalui banner banner yang dipasang tetapi tidak teringinkah bekerjasama dengan syarikat syarikat besar seperti SONY , NOKIA , MAXIS , PETRONAS dan sebagainya ?

Terlalu banyak job job advertorial untuk anda di luar sana tapi bagaimana anda nak blog dikenali terutama oleh mereka yg punya pengaruh agar dapat mengetengahkan blog anda untuk dipilih ?
Jawapannya .. rajin rajin la komen di timeline blogger blogger yang korang selalu tengok dia buat advertorial produk dan sebagainya. Kena sabar dan tebalkan muka sedikit. Lama kelamaan , dia akan perasan dan akan berkenalan .. Dari situ barulah anda perkenalkan blog anda. Jangan gelojoh.Biar lambat asal terpikat !
Hmm..Biar lambat asal terpikat ok! Take note!

ALAMAK!

Peringatan


Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Nampaknya ni sajalah gambar yang ada dalam entri kali ni.. Apapun, entri ni adalah sebagai peringatan dan proses pembelajaran kepada saya sendiri bagaimana nak berjaya dalam dunia blog. Terima kasih Abang Ben atas tips anda dan tidak kedekut berkongsi ilmu.

Kagum dengan beliau.

No comments: