Monday, 6 January 2014

Rutin seharian Mieza Jhaa K

Assalamualaikum.
Laaa..tengok jam la dah pukul 11 rupanya..ingatkan baru pukul 10. Tak perasan sebab asyik kehulu kehilir dalam rumah. Awal pagi bersih rumah kejap, jemur kain, pastu planning nak ubah susun atur perabot.. tapi tak buat lagi sebab tiada siapa nak minta tolong angkat meja.  Kejap-kejap ada mesej masuk, berhenti baca dan balas mesej. Eh..sebentar kemudian ada orang call pulak tanya pasal kek. Tengah kacau-kacau adunan kek, ada orang call lagi..mesej lagi..wechat.. whatsapp. :p

Akhirnya kek pun dah siap, dan sekarang baru boleh taip entri. Sekejap lagi nak keluar ke kedai pulak. Balik karang buat kek lagi sampai ke petang. Pukul 5 karang masak untuk Mr.K. Selepas Mr.k balik dari kerja, mintak izin keluar hantar kek area Dungun. Lepas Mahgrib baru makan malam sama-sama.

Ok..Itulah rutin saya seharian. :)

No comments: