Sunday, 5 January 2014

Penatnya bila barang kek naik harga.

Assalamualaikum..Semalam balik kampung, bapa saudara dari KL cakap,"kek Jaa ni murah sangat, nanti penjual lain marah." Hmm.. memang saya jual agak murah dari peniaga lain, tapi tengok pada modal jugak nak jual murah pun. Kalau dah modal RM4.50, ok la kalau nak jual RM10. Sementara orang lain jual RM15. Mungkin mereka ada sebab tersendiri kenapa jual mahal berganda-ganda. Mungkin mereka tak beli barang secara borong, jadi mahal la sket bahan mentahnya. Mungkin mereka menyewa kedai, manakala saya hanya berniaga kat rumah. Harga kek kat KL memang berbeza hampir sekali ganda. Mungkin mereka kat sana tak kisah dengan harga berbanding orang kampung.


Bagi saya, cukuplah keuntungan sebanyak tu jika jualan kita mencecah 20 hingga 30 sehari. Untungnya dah berlipat kali ganda. Tidak perlu berkejar untuk kaya, asalkan kek kita sedap dan puas hati, pelanggan tidak mudah pupus. Perniagaan akan naik dengan seimbang dan kekal lama. Jangan pandang kepada keuntungan hari ini sahaja, tapi keuntungan untuk jangka masa panjang.

Tapi semalam saya pergi memborong barangan kek di Fast Bakery Supplies, Kemaman. Tokey kedai tu kata, "Mulai tahun ni kebanyakan barangan kek akan naik. Jadi kalau awak tak naikkan harga kek, awak akan penat, lelah, dan berkubur."

Kalau dah modalnya naik dari RM4.50 ke RM6.00, memang perlu harga kek dinaikkan kepada RM12. Untuk pengetahuan anda, modal kek bukan sekadar tepung, cream cheese dan gula, malah minyak kereta, bil elektrik, serta air.

Penatnya dengan keadaan barangan naik sekarang. Nak berjimat dengan cara bagaimana tu??

No comments: