Assaalamualaikum.. Awal pagi lagi saya bergegas bersiap untuk pergi jogging. Alas perut dengan sekeping roti dan air masak. Bawak sekeping lagi buat bekal lepas joging nanti. Buka pintu rumah terus tergamam tengok keadaan yang berjerebu. Iskk ni kena pakai penutup hidung ke ni? Lemah sket semangat. Berfikir nak pergi ke tak, sebab nanti tak dapat nak hirup udara segar kat taman.
Ahh jerebu biasa-biasa je kot, tak kisahlah. Sampai di taman pukul 7.30 pagi. Mula melakukan pemanasan badan dan berjalan beberapa kilometer sebelum mula berlari anak. Hari Jumaat memang ramai keluarga datang berjoging siap bawa anak-anak. Saya tak pedulikan sesiapa, tumpukan pada aktiviti membakar lemak.
Sejam kemudiaan ternampak seorang kawan yang memang suka berborak-borak. Alamak! Cepat-cepat mengelak takut nanti dia nak join sekali pulak. Susah la, asyik nak berjalan sambil berborak je. Tak berapa minat. Ramai jugak sedang berjalan berdua-duaan sesama perempuan. Sedang borak pasal apakah? Bila saya dekati dari belakang, hmmm.. sedang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang. Mengumpat!
Terus berlari kedepan sehingga tidak kedengaran lagi suara mereka. Ada sepasang lagi sedang berborak-borak di depan. Hmm.. masalah anak pulak. Sambil joging sambil meluahkan perasaan kecewa. Tak berapa suka dengar kisah-kisah orang..terus berlari kedepan.
Akhirnya siap beberapa pusingan selama 1 jam 35 minit. Yeahhhh!
No comments:
Post a Comment