Thursday, 13 March 2014

Kesilapanmu Keegoanmu

Suatu petang saya dipanggil ke pejabat dengan suara arahan yang agak tegas. Bermakna wajib datang! Dari tapak pembinaan, saya bergegas ke Jerteh yang mengambil masa setengah jam melalui jalan yang berliku-liku. Kalau ikutkan hati, memang malas nak pergi pejabat petang-petang macam tu.

"Kalau awak guna duit tu awak mengaku je la Mieza!! Kemana perginya balance RM251.80 ni??!!" 

Saya buntu nak jawab pertanyaan juru akauntan tu. Pelik, sebab sebelum ni data akaun memang sama dan langsung tak bercanggah. Kenapa dia kira jadi tak cukup RM251.80 pulak?

Adooii pening-pening.. pening kalau kerja banyak memegang duit syarikat. Saya nekad nak ganti balik duit tu. Tapi tetap berkeras yang saya tak pernah gunapakai duit syarikat.

Saya bincang secara baik dengannya untuk menyemak balik data akaun tersebut dan bandingkan dengan data yang dia kira tadi. 

"Ingat!! Kalau tak jumpa jawapan, awak kena ganti duit tu Mieza!"

Peristiwa tu buat saya tak dapat lelap dan diserang migrain akibat stress. Sakit kepala yang amat sangat. Keesokannya saya dapat jawapan. Jawapan yang buat saya pulak bengang dengan kebengongan juru akauntan tu.

Dah tertulis simbol negatif kat depan, tapi dia tambah juga. Ni kes tak belajar matematik la ni. Sia-sia je tak dapat tido semalam.

Kena pergi Jerteh lagi untuk kali kedua. Saya terangkan hal yang sebenar kenapa duit hilang. Hilang sebab pengiraan yang salah dan tak check betol-betol. Perasan bagus sangat le tu. Sedap-sedap dia je nak marah-marah kite.

Sesudah bagitau dia perbetolkan. Takder pulak nak mintak maaf ke hapa. Cis!

No comments: