Dah lama sangat tak menulis kisah cinta. Novel cinta yang bersambung-sambung dalam blog ni adalah kisah benar. Nak baca kisah cinta tersebut boleh tekan page tab di atas yang bertajuk Oh Cinta. Semuanya kisah-kisah cinta dulu dan terkini.
Sambungan dari kisah..
Kekalkah Hubungan Bila Bermula Dengan Penipuan?
Akhirnya.. Ku lepaskan kau pergi..
Dalam keadaan yang masih keliru, samada bertahan mengharungi dilema tersebut atau mengakhirinya.. saya memutuskan untuk tidak mempunyai apa-apa hubungi lagi dengan dia.
"Ok..selama ni saya kurung awak dalam sangkar. Kalau dah itu yang awak mahu, saya lepaskan awak pergi. Mulai hari ini awak bebas."
Saya diam tanpa kata.. dan kemudian "Maafkan saya.. " Talian segera dimatikan. Hati ini bagaikan tiada rasa menyesal atau sedih. Yang ada hanya perasaan bebas seperti burung baru terlepas dari sangkar. Rasa seperti baru keluar dari masalah besar yang melanda. Tenang.. lalu saya tidur dengan lenanya.
Pagi tu saya terjaga dalam keadaan terpinga-pinga. Aku bermimpikah semalam? Hubungan cinta selama 4 tahun itu, sudah putuskah? Sudah beberapa kali mencuba, namun hati ini masih bersabar. Cinta ini masih kuat walaupun ia tiada makna. Hidup dalam huru-hara, banyak masalah dan tertekan. Ya.. sudah berakhir..
Tiba-tiba rasa cinta itu datang.. kembali menekan hati dengan perasaan hiba. Rasa sayang, cinta, dan satu perasaan yang mendalam.
Ya Allah, inikah perasaan orang yang sedang putus cinta? Betapa peritnya nak lepaskn dia pergi.
Pagi itu saya melepaskan rasa tersebut di tepi pantai.. air mata terakhir untuk orang yang pernah bertakhta di hati. Pergilah engkau.. cinta. Jangan kau datang lagi. Semoga kau bahagia.
Hati ini takkan membuka ruang lagi untukmu. Kita memang ditakdirkan untuk tidak bersama.
No comments:
Post a Comment