Assalamualaikum..
2 hari lepas saya dilanda rasa serabut yang amat. Macam-macam ada dalam fikiran, disamping hati yang terguris kerana terlalu mengikut perasaan. Sesekali ada jugak terkecil hati walaupun hidup asyik ketawa saja. Saya luahkan pada Mr.K yang saya sedang stress.. stress kerana apa? Cukuplah saya bagitau Mr.K macam tu..tak perlu bagitau apa masalahnya. Kerana kadang-kadang ada perkara yang tak perlu kita bagitau suami. Tak perlu terlalu manja, asyik mengadu saja.
Dia tidak bertanya.. faham sangat hati isterinya.
Kami dapat idea.. tinggalkan sekejap kesibukan kerja dengan kek bertimbun-timbun tu. Dah lama tak buat senaman.. sampaikan lemak pun dah bertimbun. Ohh tersumbat lemak rupanya.. patut la stress.. Hahaha
Pagi Jumaat, pukul 8 pagi kami bertolak ke Bukit Bauk. Saya menyandang beg galas yang berisi air, monopod, handphone dan wallet. Ni kali kedua kami mendaki Bukit Bauk. Memang ramai orang datang sini hari Jumaat.
Baru mendaki 10 langkah dah semput?? Biar betol.. memang betollah..saya stress sebab lemak tersumbat rupanya.. Haha
Tak larat nak senyum dah..semput. Sampai lobang hidung pun kembang akibat nafas tercungap-cungap. Masa ni la kami luangkan masa berborak-borak dan bercerita. Hilangkan rasa stress dan kepenatan kerja. Alhamdulillah nikmatnya berehat seketika. Sambil menikmati udara segar.
Rasa macam turun 500gram. Ringan je badan ni bila dah sampai rumah. Kalau boleh datang seminggu sekali kan best.
No comments:
Post a Comment