Sunday 21 April 2013

Kisah Mieza Jhaa K dan "Sugar Daddy"


Assalamualaikum

Hai readers, selama anda sebut sugar daddy sugar daddy ni anda tahu ke apa maknanya tu? First time dengar perkataan 'Sugar Daddy' ni masa belajar kat IPTA dulu. Masa tu kawan-kawan bercerita tentang orang tu orang ni yang ada 'sugar daddy'. Dengan syoknya saya dengar mereka bercerita. Katanya, ada beberapa pelajar tertangkap kerana buat hal dan tidak masuk kelas. Bila buat spotcheck ada berpuluh tiket kapal terbang pergi balik Kuala Lumpur DALAM MASA SEBULAN kat dalam bilik pelajar tu.

Ada jugak cerita pasal pelajar yang selalu balik lewat malam ke rumah sewa dan dihantar dengan kereta mewah. Saya cakap "alaa..dah bapak dia kaya. Entah-entah anak datuk".. Tapi ada kawan rapat yang kenal pelajar tu bagitau yang dia hanyalah orang miskin. Sejak dihantar dengan kereta mewah, kehidupan pelajar tu mewah+giler!

Dalam hati "Wahh! Bestnya. Aku pun nak jugak macam tu". Masa tu tak tahu sebenarnya yang mereka buat kerja-kerja maksiat dengan 'sugar daddy', sebab tu la dapat macam-macam. Bila kawan bagitau serba sedikit saya faham la jugak.

Bila dah kerja, ada pulak rakan sepejabat cerita tentang seorang staff pejabat yang ada sugar daddy. Masa tu, saya dah faham apa tu sugar daddy, lalu saya cakap, "Oo..patut la nampak mewah je. Siap pakai iPhone4 lagi. Eh! Entah-entah dia kumpul duit kot beli IPhone4. Dia kerja malam ke apa, mana kita tahu"..

Kisah Mieza Jhaa K TERJERAT dengan SUGAR DADDY!! 

Suatu hari tengah sibuk buat kerja kat pejabat, datang la seseorang yang memang saya dah kenali sebelum ni, En.XX. Dia ni subcontractor syarikat tempat saya kerja. Memang bergaya kaya dan berjaya orangnya. Berumur dalam lingkungan 40an. Seperti biasalah bila ada mesyuarat antara subcont, muka dia yang manis tu mesti ada dan suka sangat luangkan masa berbual-bual kat meja saya sebelum mesyuarat bermula. Sebagai pekerja bawahan, rasa bangga juga bila dapat berbaik-baik dan disenangi oleh seseorang yang berpengaruh besar dalam bidang perniagaan. Manalah tahu kot-kot senang nak dapat kerja yang lebih bagus dan bergaji lebih tinggi.

Tiba-tiba dia bertanya seolah-olah berbisik, "Hari sabtu ni kerja ke?". Tapi memang suara dia lembut dan romantik, haha. Saya jawab, "Ye, kerja encik. Kenapa ye?". Dia balas sambil merenung saya, "Ermm..saya ada kerja sikit nak bagi kat awak Sabtu ni, sebab kerani saya bercuti". Segera saya jawab, "Oh, ok ok no problem. Boleh je, lagi pun saya tak la sibuk sangat".

Maka tibalah Sabtu beberapa hari kemudian. Biasanya hari Sabtu jarang ada staff datang office. Kebanyakkannya pergi melawat tapak bina. Maka tinggallah saya sorang-sorang kat pejabat. Masa tu hampir pukul 5 petang dah, tiba-tiba En.XX pun sampai. Dia ajak saya pergi makan kat restoran ikan bakar tepi pantai. Dia kata kawan-kawan lain sedang menunggu kat sana. Saya pun ikut sajalah tanpa syak apa-apa sebab sebelum ni memang biasa dah makan ramai-ramai bersama bos dan subcont lain. Kami naik kereta dia berdua je. Dalam perjalanan tu banyak jugak la dia tanya pasal kerja, projek, dan siap tunjuk lagi projek-projek dia yang dah hampir siap.

Sampai kat sana, saya terkejut jugak sebab takder sorang pun kawan-kawan saya kat sana. Mungkin tak sampai lagi kot. Meja kami agak exclusive dan tiada gangguan. Dia kata mugkin mereka tak jadi datang kot. Aik, tiba-tiba rasa pelik la pulak. Pastu dia order makanan banyak-banyak, best-best pulak tu. Masa makan tu perbualan kami lari tajuk dah. Dia banyak tanya pasal saya, tinggal kat area mana dan.. "boleh tak kalau saya ajak keluar sekali sekala?".. Eheekk nak tercekik la jugak dengar soalan tu.

Memang sah saya dah TERJERAT dengan pakcik kaya ni. Siap ajak pergi pulau, melancong ke luar negara lagi. Pastu minggu depan nak ajak saya pergi shopping KL pulak. Apakes?? Masa tu tak selera nak makan dah. Hati berdegup kencang. Pastu tiba-tiba mak call, "kenapa tak balik lagi? Dah nak Maghrib ni".. Lagi la bertambah-tambah degupan jantungku. Alaahaaii, hanya Allah je yang tahu tahap kegelisahan waktu tu. En.XX tu pulak asyik pandang saya dengan pandangan semacam je. AKU NAK BALIKKK!!!

Perjalanan balik lagi mendebarkan. Dia siap tanya banyak kali boleh ke tak nak ajak pergi KL? Dan siap pesan lagi supaya jangan bagitau siapa-siapa tentang perkara tu. Dalam hati "Ya Allah, selamatkanlah aku. Cepatlah sampai cepatlah sampai".

Ok dah sampai. Fuh lega tapi ia belum berakhir sebab tiba-tiba............ Dia keluarkan sejumlah wang dalam poket baju dia dan bagi kat saya. Saya tolak, tapi dia kata ikhlas. Tapi untuk apa?? Akibat terlalu terkejut dan takut, saya ambil duit tu dan cepat-cepat keluar dari kereta.

Sampai dirumah, memang tak toleh kiri kanan. Terus masuk bilik, takut mak perasan muka pucat lesi. Nanti dia tanya pulak. Lepas lega sikit baru teringat pasal duit tadi. Walaweiii RM200!! Tak pernah pernah lagi dapat duit raya RM200.. bukan hari raya pulak tu.

Keesokannya memang hal ni dah tak jadi rahsia lagi. Saya terus cerita kat bos tapak projek. Tapi dia macam relax je! Hah?? Dia tak terkejut ke, ataupun dah biasa dengar? Atau dia pun..... ish tak mungkin tak mungkin. Bos kata memang benda ni patut diamkan je, sebab dia orang kuat syarikat jugak. Nanti tak pasal-pasal saya yang diberhentikan. Hmm akhirnya duit tu masuk dalam tabung office je dan dua tiga hari lepas tu En.XX call tak henti-henti, tapi saya tak angkat.

Muka macam ni pun ada 'SUGAR DADDY'? Hmm nasib laa..

~ Kisah ni berlaku 5 tahun yang lalu~

Peringatan Untuk Remaja Perempuan
1. Saya tak syorkan anda bekerja di tapak pembinaan yang kebanyakan pekerjanya adalah lelaki. Anda boleh hanyut melainkan ada ilmu dan keimanan yang tinggi.

2. Jangan terpedaya dengan segala janji manis walaupun anda amat memerlukan wang. Ingat, jauhi rezeki tak halal.Ingat, Allah melihat semua perbuatan kita.

3. Jika perkara ini terjadi kepada anda, bertenang dan menolak dengan baik. Atau bagitau, nanti saya fikirkan. Jadi dia tidak syak apa-apa dan hantar kita dengan selamat. 

4. Jadikan kisah ni sebagai iktibar untuk kita semua. 


*Baru saya ingat balik, masa En.XX bagi duit tu dia ada kenyit mata kat saya. Perasan hensem macam pelakon Adi Putra..weekkk!



Thank you for reading my entry!

No comments: