Thursday 31 October 2013

Penulisan Bagus Sudah Tentu Menjadi Tarikan.

Cak!! Assalamualaikum semua. Ehh! Patut la rasa macam sebulan tak update blog, rupa-rupanya hari ni memang tak pedulikannya langsung. Pergi kemana ye?

Tadaa...kami pergi jenjalan hari ni. Hari Khamis pergi jenjalan? Kebetulan Mr.K bercuti hari ni. Jadi kami gunakanlah masa yang ada untuk makan angin ke bandar Kuala Terengganu sambil membeli peralatan kek di sana. Lagi pun dah lama sangat tak keluar sama-sama sejak kami sibuk dengan urusan duniawi.

Berbalik kepada tajuk diatas, pernah tak anda mendapat jemputan untuk menulis tentang produk atau apa saja yang 'mereka' kehendaki? Itu maknanya 'mereka' sudah menilai penulisan kita dari segi cara olahan yang menarik minat mereka.

Benar kata Abang Ben, keunikan dalam penuliasan tu penting untuk menjana pendapatan melalui blog.Penulisan yang bagus, dapat memikat hati 'mereka' untuk menawarkan pelbagai tugasan yang memberikan pulangan lumayan. Siapa 'mereka' tu? Sudah tentulah pengiklan yang tercari-cari blog yang mempunyai penulisan yang bagus dan ada pengikut tersendiri.

Sebab tu penting untuk kita sebagai blogger menjaga tata tertib di alam maya ni. Hehe.. Kerana kita sentiasa diperhatikan. Cuba hasilkan entri yang berkualiti dengan olahan yang menarik. Silap-silap haribulan, dapat projek besor! Tapi saya baru dapat 3, tak la sebanyak Abang Ben tu..boleh la hadiahkan produk rambut kat Mr.K jasa dari berblog. Kikiki

Kalau dulu entri saya cincai-cincai je, sekarang saya akan berfikir dulu adakah ayat tersebut sesuai. Hmm..banyak kali juga tulis padam tulis padam. Tapi tak la sampai berjam 1 entri macam dulu. Haha..tiada idea punya pasal. Berjam-jam fikir sampai nak pecah kepala.

Biasalah tu, makin lama makin matang. Cuba perbaiki dan jangan berhenti untuk mencari ilmu baru dalam dunia blog. Lama-lama boleh la jadi macam Bro HH tu.

Kagum dengan penulisan Bro BM yang pandai mengolah ayat. Kalau bagi seketul batu pun dia boleh buat karangan 3 muka surat agaknya. Siapa dia sebenarnya??

No comments: