Saturday 23 May 2015

Masa untuk berehat dan tambah ilmu.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bila dah pregnant ni rehat pun kena lebih, lagi-lagi badan asyik rasa letih dan mengalamai banyak perubahan. Rasa cepat lapar dan sentiasa kena ada makanan sampingan selain nasi. Bila lapar kunyah buah, dan jangan lambat makan..nanti mual pula. Seminggu alami alahan saya dah boleh kawal keadaan, dah tahu apa yang badan perlukan. Rehat dan kerap makan. Tapi saya hadkan juga pengambilan makanan, nanti berat badan naik mendadak susah pula.


Alhamdulillah Mr.K banyak membantu.. semalam dia beli ikan dan masak masakan ringkas. Nasi lebih dalam periuk ada lagi, boleh panaskan saja. Bila Mr.K ajak makan, saya masuk dapur tolong ambil nasi yang Mr.K dah cedok dan letak dalam pinggan siap-siap. Tiba-tiba saya tengok nasi lain macam je kelembapannya. "Ehh.kenapa lembik je ni..?"

Mr.K hidu.. "Laa.. basiii"

Hahahah.. saya ketawa tengok gelagat dia yang agak kecewa.. Dah masak siap-siap, nasi pula basi. Adoii

Saya kata "Tak apalah, kita makan buah dulu.." Cepat-cepat saya masak nasi lain.

Akhirnya Mr.K balik dari solat Jumaat baru boleh makan.

Alhamdulillah, bila perubahan tu datang tepat pada masanya, kita sudah bersiap sedia dari segala segi dan ia bagaikan suatu rancangan yang teratur, lancar dan tenang. Tiada apa yang perlu dirisaukan terutamanya tempahan kek pelanggan, kerana selama 2 tahun saya sudah berjaya mendidik pekerja agar bekerja dengan baik, menghasilkan kek yang bermutu dan mengikut kehendak pelanggan. Jadi saya cuma pantau saja.. tak perlu buat kerja-kerja berat.

Banyak yang perlu saya tahu buat masa sekarang terutamanya tentang kesihatan bayi dalam kandungan, penyusuan, dan semua yang berkaitan dengan bayi agar lahir dalam keadaan sihat, baik, sempurna dan bijak. Semua tu perlukan ilmu dan kena banyak membaca. Alhamdullilah banyak info-info berguna dalam blog yang boleh saya praktikkan.

2 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..Allah dah susun semuanya..kan DIA yang cipta kita..peluang yang Allah beri ini mieza dan suami jaga sehabis baik ye..doakan untuk PC juga tau..tarbiah sedari alam rahim..mieza,,baby dan Allah..

Happy Voice said...

How long should you study and take breaks?
Why downtime is important for the brain?
What time does your brain retain the most information?
How much sleep is recommended to retain knowledge?