Sunday, 23 December 2012

FELINNA inch loss!

Assalamualaikum kawan2 semua

Untuk pengetahuan korang aku adalah salah sorang pengguna produk FELINNA INCH LOSS LOTION yang sedang gempaq sekarang ni! Baru hari ni start. Ek eleh baru hari ni je pon. Haha. Tapi aku akan jadi salah sorang testimoni produk tersebut la kiranya. Bukankah bermanfaat untuk korang juga? 


Sila abaikan backgroundnya ye.. hehe
Memang sebelum ni aku terserempak dah dengan produk ni kat fb. BERLAMBAK u know. Tapi biasa lah, aku bukannya mudah nak percaya produk2 ni. Iklan je lebey2. Kebanyakan nak untung bla bla bla..

AKAN TETAPI kelmarin mak sdara aku dari KL ada citer pasal keberkesanan produk ni. lepas sorang-sorang kawan2 kat pejabat beli sebab memang mujarab katanya. Ada yang memang jelas lagi nyata perubahan yang berlaku kat kawan2 pejabat mak sdara aku tu. Dalam masa SEMINGGU je beb! Jadi keinginan aku pun melonjak la! Kalau setakat orang kata berkesan tapi perubahan tak nampak, memang ye ke ni? betol ke mujarab? Keraguan berlambak baik tak yah beli kan. Membazir je duit aku nanti!

Jadi nak dijadikan cerita, petang kelmarin aku pergi la GEDUNG DIN COLLECTION bersama mak sdara, nenek and mak mertua sekali. Niatnya nak tengok je apa ada kedai perhiasan wanita tu. Tak pernah sampai lagi sebelum ni. Ni dia alamatnya:

GEDUNG DIN COLLECTION
34 Jalan Cabang 3,
Kuala Terengganu,Terengganu,
Tel: 09-623 9786

Sesampainya kami, wahhh memang besar la jugak kedainya. Penuh dengan produk2 kecantikan serta kosmetik dari pelbagai jenama. Masuk2 je mak sdara aku nampak la produk Felinna ni terpampang indah kat belakang jurukaunter. Hah ni la peluang aku nak cuba kan. Dipendekkan cerita kami pun beli la. Beli 2 botol dapat murah sket. 

Jika korang berminat nak tahu keberkesanannya tunggu seminggu lagi ek kawan2. Kita tengok berkurang berapa inci lemak kat paha ngan betis aku ni. Wahh tak sabar nak tunggu hasilnya *terbayang bentuk badan artis. Paha bak batang pisang, betis bak buluh perindu.. oohh tak sabar tak sabar!

Tq 4 reading my entry!

2 comments:

nini said...

orang kata menjadi....so amacam...ada effect tak...teringin jugak nak beli tapi nini pemalas nak sapu...ahahha

Mieza Jhaa K said...

Akak sapu tak habis lagi sebotol tu sebab busy dan tak sempat..haha..terukkan akak ni