Hai readers and bloggers..
Adakah saya telah melangkaui masa atau saya tidak sedar yang kelmarin telah berlalu? Alaahai, apa yang saya buat semalam ek? Kenapa tak update status? hmmm.. Sebenarnya semalam saya bergotong royong sorang-sorang kemas rumah dan lepas kepenatan terus terlelap tak sedarkan diri. Nasib baik tak terlewat nak ambik adik ipar kat sekolah. Fuhh!
Dan semalam juga ada seorang kawan lama inbox ke FB saya bertanyakan keadaan saya sekarang. Apa perkembangan? Ada good news tak lagi?
Seperti biasa saya akan jawab, "sedang berbahagia di alam perkahwinan bersama suami tercinta serta berbangga menjadi seorang surirumah dan belum dikurniakan zuriat lagi." Hehe macam skema pulak.
Dengan sedih dia mengatakan nasib dia sama juga. Belum ada anak walaupun dah hampir 3 tahun berkahwin katanya sebab berjauhan dengan suami. Dia kerja hilir suami kerja hulu. Maksudnya sorang Timur sorang Selatan la. Jumpa pun dua tiga bulan sekali. Alaa sedih la pulak si pendengar ceritanya.
Maka saya pun bagi la sepatah dua kata semangat. Saya kata kat dia...
Saya dan suami tinggal sebumbung, tapi Allah masih belum kurniakan anak juga.
Saya yakin, lambat atau cepat pasti Allah akan anugerahkan zuriat yang soleh dan solehah seperti yang kita doakan setiap kali solat.
Mungkin betol awak lambat dapat baby sebab tinggal berjauhan, tapi yakinlah bahawa Allah dah rancang yang terbaik untuk kita.
Jangan fikir kenapa kenapa dan kenapa. Yang pasti bila kita berbahagia bersama suami tercinta, bersyukurlah. Bercinta dan ber'honeymoon' lah dulu.
Kita sedih bila orang lain dah ada anak. Tapi kita kena ingat setiap orang mesti ada dugaan masing-masing. Ramai yang senang dapat anak tapi duit pula tak ada. Ramai yang bahagia ada anak, tapi suami pula buat hal. Tu semua dugaan untuk kita jadi kuat.
Jadi ini adalah dugaan yang tak seberapa untuk kita. Ada orang dapat ujian berat lagi. Maka, bersyukurlah jika sekarang kita dah ada suami yang sangat penyayang.
Berdoa, berdoa dan terus berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita yang lepas dan perbanyakkan amal ibadah. InsyaAllah kita akan lulus ujian ni.
Ololo tomei-tomeinyeerr
18 comments:
insyaa Allah di berikan ..ZURIAT.. jgan putus asa..paling bagus ada sikap positive :)
belum ada rezeki.. insyaALLAH. masa tu akan tiba jugak ^_^
banyakkan berdoa dan dekatkan diri kpd ALLAH :)
tanda2 ALLAH syg kat seseorang tu adalah Dia bagi ujian/dugaan dan kita kena hadapinya dgn tenang dan redha..
Terima kasih Acik.. Ye kena ada sikap positif
InsyaAllah...terima kasih Hasri.. Alhamdulillah akak masih lagi bertenang dan redha...
Setuju sgt dgn kata2 akak tu....Rezeki itu pasti akan ada untuk hambaNya yang bersabar...Selagi kita hidup selagi tu laa ujian takkan pernah berhenti dtg utk kita,itu tandanya Allah sayangkan kita...Dia nak kita berdoa, meminta dan merayu kpdNya... :) Doakan yg terbaek utk akak...May Allah bless u sis...
Terima kasih byk2.. betol tu..May Allah bless u too..
Akak nk g Penang bulan 4 ni..sapa ada kt Penang ekk.. hehe
Salam,
Saya berkahwin sudah masuk tahun ke8 tapi Allah masih belum kurniakan zuriat lagi. Tak perlu mengeluh walaupun pedih dgn pertanyaan dan cakap2 org. Tekanan paling kuat tentulah pd isteri tp inilah peranan suami sentiasa akan menjaga dan protect. Sabar menghadapi ujian...jika Allah beri...Alhamdulillah, jika tidak pun Alhamdulillah. Yg penting saya dan isteri bahagia bersama. Usaha tetap diteruskan.
Saya doakan anda mendapat zuriat secepat mungkin.
p/s: Follow Blog Relaks Minda, boleh saya masukkan dlm bloglist dan mudah utk saya blogwaking ke sini.
Terima kasih awak.. nasihat yang amat bermakna...terkejut saya baca pengalaman dah 8 tahun..sedangkan saya pula baru mencecah 2 tahun..hehe
*Best la blog awak..i will follow..tungguuu
Insyaallah...... kena byk bersabar........ remy alhamdulillah...... berdebar menunggu first baby........ tapi lambat lagi... itupun setelah 2 tahun menunggu.... tekanan.... dan pertanyaan sentiasa ada...cuma kena kuatkan mental... kita kena redha ujian dari Allah..insyaAllah...satu hari nanti rezeki akan tiba juga.....
Baca entry ni teringat cikgu sekolah saya..dia dah kahwin 7 tahun, baru je dapat baby kembar..comel sangat2. Penantian membuahkan hasil. Dan teringat juga cikgu selalu cakap, budak2 zaman sekarang ni suka2 je buang anak, kami yang dah kahwin ni teringin nak anak tak dapat2..Apa2 pun memang usaha, doa dan tawakal perlu ada kan kak..Ermm..saya tak kahwin lagi, tapi bercakap supo orang yang dah kahwin je..hehe.
InsyaAllah, saya doakan moga Allah murahkan rezeki akak untuk menerima cahaya mata yang comel2, soleh dan solehah. Amin Ya Rabbal Alamin.
Menunggu 1st baby? Alhamdulillah.. saya pn dah 2 tahun..
Ye betol tu..ramai yg lebih lama dari akak..Kadang2 akak pn mmg bengang dgn budak2 skrg.. klu dah kawin pn, nak gugurkan kandungan la.. macam2.. tak bersyukur langsung..
Terima kasih doakan akak.. Aamin..
salam.
blog walking dan terjumpa sini.
pada pendapat Ai, jauh ke dekat ke bukan sebabnya.
jiran sebelah baru 2 tahun kahwin, isteri di pendalaman sarawak suami di melaka jumpa masa cuti sekolah je tapi isteri baru 3bulan melahirkan anak nombor dua.
kalau Allah nak bagi, Allah akan bagi.
sebab dulu2 Ai pikir sebab Ai jauh kot tu yg tak lekat2 (3thn perhubungan jarak jauh). ni dah 5tahun duduk sebumbung masih belum ada rezeki.
tahun ini tahun ke-8 dan kami masih terus berusaha. jangan kenal erti putus asa. berdoalah dan bersabarlah ye (^_^)
Dah 8 tahun? Ya Allah, anda hamba Allah yg sangat sabar..sy baru 2 tahun.. kdg2 tergugat juga.. semoga sy juga setabah ini andai kata belum juga ada rezeki nnti..
Insyaallah...kesabaran dlm kehidupan..aamin..semangat kena kuat..
Sye pon dah dkat 6 tahun xda anak.. Xguna nak sedih..allah xkan bagi dugaan jika lebih had seorang wanita.. Di sebab kan dugaan nielah. Kte jdi sngat kuat. Amin.
Post a Comment