Friday, 28 December 2012

Resepi : Kek Coklat Moist Mieza Jhaa K

Assalamualaikum frend.. 


Kemain lagi tajuk kek kat atas tu kan. Semoga nama glemer aku menjadi ingatan kepada sesiapa yang dah mencuba kek coklat moist yang memang menjadi kegilaan ramai ni. Haa kalau sesiapa nak copy resepi yang akan aku bagi jap lagi boleh boleh. BUT! jangan lupa copy dengan nama2 nye sekali ek. Kalau tak kalau tak... siap la. Tak menjadi la tu.. Haaha

Untuk pengetahuan korang kek coklat ni memang sedap dan boleh buat sesiapa saja jadi ketagih tau. Ye ke tak ni? Tapi ramai yang dah makan sebelum ni akan order lagi. Tiap kali balik kampung kalut ribut la kena g cari bahan. Permintaan tinggi sampaikan tak sah kalau aku balik kampung tanpa kek ni sebagai buah tangan. Haa gempak tak citer aku ni. 

Setahu aku orang laki memang majoritinya tak suka kek kan? TAPI! Kek coklat aku ni dah merubah fakta tersebut u know! Suami aku memang tiap kali balik kerja dia cari kek dalam peti dulu. Lepas makan kek baru dia cari aku plak. Hahaha.. Termasuklah adik ipar, sanak saudara, jiran tetangga, semua menunggu dapat kek free! Sedap la korang ada chef kek terkemuka. Tapi itulah kenyatannya. Benar lagi tidak reka citer!

Ok back to the tittle, resepi kek ni aku dapat dari mak mertua semasa belum jadi menantu lagi. Masa tu tengah berusaha nak jadi menantu serta isteri yang bagus la kiranya. Dari mula2 dapat sampai la 3 tahun kemudiannya kek coklat ni telah menjadi femes dan  tersangat lah femes coz ramai penggemarnya. Ok, u cuba la buat sendiri ek kalau nak merasa apakah benar ngomolan aku ini.

Resepi Kek Coklat Moist Mieza Jha K

Bahan I
1 cawan serbuk koko (Nak lebih best guna la jenama VANHOUTEN)
2 cawan gula
1 cawan air panas
secubit garam

Bahan II
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda 

Bahan III
1 cawan minyak masak

Bahan IV
2 biji telor
1 cawan susu cair 

Aku guna mug milo ni untuk adunan yang lebih banyak. Bahan pun berubah la sket ikut kesesuaian. Korang guna la cawan kecik je dulu. Ikut adunan yagn diberi.

Cara-cara
Bahan I - kacau sebati air panas dengan serbuk koko hingga tidak berketul. Kemudian masukkan gula. Kacau hingga gula hancur sepenuhnya. Masukkan garam.




Bahan II - ayak gandum, soda dan baking powder hingga sebati

Bahan IV - Pukul sebati telur dengan susu cair

Masukkan bahan II ke dalam bahan I diselang-selikan dengan minyak masak hingga habis. Kemudian masukkan bahan IV. Kacau hingga sebati. 



Kacau hingga jadi macam ni
Kemudiaan masukkan ke dalam loyang dan kukus hingga masak. 
Nak tahu masak ke tak cucuk lidi kat tengah-tengah kek hingga ke dasarnya. Kalau dah tak der cecair yang melekat tu masak lah maknanya.

Ok, lepas masak tu kita biarkan kek tu sejuk dulu. Tak siap lagi ye puan2. Kita nak buat topping pulak nak siram kat atas kek tu supaya terjadilah moist yang hot tu.

Cara-cara buat moist 
3 sudu serbuk koko
1 tin susu pekat

Kacau sebati susu pekat dengan serbuk koko ni jangan bagi berketul. Nanti tak cantik dan tak sedap. Kemudian siram ke atas kek yang dah sejuk tadi. Fuh memang terbaekkk!

Selamat mencuba ye. Tak faham tanya!

Tq 4 reading my entry

4 comments:

krole said...

terornya awak!!! nampak sedapla awak!!! menyelerakanlah awak!!! nak minta sikit awak!!! hahaha! thanks sudi share..bule cba ni nnt~

Hasri Anis said...

nampak sedap.., nak buatnye yg malas ni :D

Hans said...

pos sikit sini
haha

nini said...

Wow....mcam sodap ni.....