Wednesday, 30 January 2013

Resepi : Paprika

Assalamualaikum

Tengah syok buat kek tiba-tiba tengok jam dah pukul 11.45. Masa untuk masak tengah hari pulak. Tengok kat tepi singki dah ada sebekas ayam yang mak mertua dah keluarkan dari freezer.

"Mok, nok masok rano aye ni?" with my kelatenes loghat. Mak mertua cakap "ikut pandai Jaa lah".
Maka sedetik itu juga aku teringin nak makan ayam masak paprik. Apa lagi. Bikin laa. 

Bahan-bahannya:
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4 (tapi aku tak letak sebab xder tomato dalam peti)
5 biji cili padi - ditumbuk

bunga kobis/kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda (aku letak karot je)
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis, bahan2 perasa

Cara-caranya plak
Panaskan kuali. Gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Ok, siap daa!!
Sedap sampai menjilat jari u!

No comments: