Monday, 28 January 2013

Student Of The Year

Assalamualaikum..

Ya Allah, maha la busynye aku ni kan. Letihnya toksah cakap la, memang tahap nak terjelir lidah ni gamaknya. Tapi Alhamdulillah, itu lah yang dinamakan usaha demi mencari rezeki yang halal. Malah berbaloi pulak tu. Betol lah ada hadith yang mengatakan 9/10 rezeki ada dalam perniagaan. Kini aku giat berniaga kek coklat moist kat UITM Dungun. Alhamdulillah setakat ni memang laris giler2! Fuyyooo

Akan tetapi, dalam sibuk2 pun citer kat box office memang tidakkan ketinggalan. Waktu cuti hari Jumaat or Sabtu akan ku luangkan masa untuk tengok citer2 terbaru kat box office tau. Ko tekan 952 dengan 953 ok. Tiap2 bulan pasti ada citer baru yang ditayangkan. Memang besshhh!

Sekarang kat rumah aku ni tengah meleTOP citer Student Of The Year, Hindustan. Adik bongsu hari2 bukak citer tu. Tak puas dengar lagu dia yang beshh, #You Know it..so sing it..Disko dewanee..aha..aha..something very special..hooo...disco dewaneeeee


Best la jugak citer ni. Bukan jenis citer cinta sehidup semati macam filem hindi yang lain dan bukan juga citer bertumbuk terajang sampai melayang 500meter tu. Kisahnya tentang pelajar, persahabatan, serta usaha untuk memenangi gelaran Student Of The Year melalui pertandingan yang entah apa2 saja lah. Yang pasti citer ni memang logik akal la, dan takder unsur2 tahyol serta ketidaklogikan. 

Jadi untuk tidak melengahkan masa aku buat rumusan panjang lebar tentang citer ni, i hope u tengoklah sendiri ek. Ni untuk penggemar2 citer Hindi macam aku la. Kalau tak suka pun tengok la jugak, mana tahu kan citer ni lain dari yang lain. Ok, selamat menonton. Jangan lupa hari ni dah 28hb, jadi tinggal 3 hari lagi citer ni akan diputarkan kat Box Office. Bulan depan citer lain plak, tak sabar menunggu. Yeaaayy!

Tq 4 reading my entry! Ni semua pOyO!

No comments: