Friday, 12 April 2013

6M Isteri Harus Tahu

Assalamalaikum


Ini adalah Entry khas untuk para isteri. Apa yang isteri harus tahu bila bersuami? Jangan sekadar pandai berblog atau berbueno saja tau.. Banyak perkara yang akan menjadi bonus jika anda tahu beberapa M ni selain dari MEMASAK.

Mengurut
Wauu..isteri pandai mengurut?? Memang terbaikk.. Suami balik kerja petang-petang, kaki terasa lenguh-lenguh pulak. Isteri ambil minyak dan urut urat-urat yang berketul kat betis hingga ok balik. Siapa tak suka macam tu? Saya pandai urutan refleksologi dan kiropraktik. Apa tu? Google now! Minyak yang terbaik untuk urutan baca DISINI okay.

Menghias
Rumah sentiasa kemas dan barang-barang tersusun rapi dengan tema-tema tertentu yang memukau mata memandang. Diluar rumah pula, terdapat taman mini dengan bunga-bungaan yang pelbagai warna. Oh bangganya dapat isteri macam ni. Ditambah pula isteri yang menjaga pemakaian serta penampilan di rumah, khas untuk suami tercinta.

Menjahit
Mungkin dah ramai wanita diluar sana yang pandai menjahit. Kalau tak pandai pun, cukuplah sekadar pandai menjahit butang baju suami. Jangan tak pandai langsung ye puan-puan.

Memandu
Ada juga isteri yang beranggapan, jika pandai memandu nanti semua kerja dia yang kena uruskan. Jangan berfikiran sempit macam tu. Fikirlah untuk jangka masa panjang dan jauh ke hadapan. Contohnya, segera membawa anak ke hospital selepas dipatuk ular. Kalau anda tak pandai memandu??

Memuji
Wanita memang suka dipuji. Tapi jangan mengharapkan pujian dari suami sahaja. Isteri pun kena pandai memuji suami selain dari berterima kasih.

Mengurus
Segala urusan dalam rumah dapat dilaksanaka tanpa ada rungutan. Segala bil-bil dalam rumah isteri tolong uruskan ketika suami sibuk. Sekarang semuanya hanya dihujung jari, pakai internet pun dah boleh selesai. Begitu juga hal persekolahan anak-anak. Jangan pula mengharapkan kerjasama dari suami yang sedang sibuk. Pandai-pandai la menguruskannya. Suami pasti berbangga memiliki isteri yang berdikari.


Namun jika anda tidak memiliki beberapa M diatas, tidak mengapa. Pasti ada kelebihan lain yang anda miliki. Yang penting, sebagai isteri jalankan tanggungjawab anda dengan baik. Jangan hanya mengharapkan suami sepenuhnya.



Thank you for reading my entry!

7 comments:

Unknown said...

huwaa.. kalau untuk suami pulak mcm mana?

Unknown said...

ADa....nnti akak post kemudian..∩__∩

lynmunir said...

Urut cakar rimau...grrr

Farhana94 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

HAHaaha....ganazzz ~>_<~

Unknown said...

terima seadanya.......

Nur Nainis said...

hehehe...baik...bekalan untuk masa hadapan hadapan hadapan lagi..hehe.