Assalamualaikum
Pagi-pagi ni tetiba teringat pengalaman mencemaskan yang menyebabkan saya amat membenci lelaki suatu ketika dulu. Ia adalah peristiwa pertama sebelum peristiwa SUGAR DADDY tu. Dan ada banyak lagi saat mencemaskan yang melibatkan lelaki dari kecil sampai la saya meningkat remaja. Kenapa la saya yang jadi mangsa ye. Padahal budak tomboy je pun. Pemakaian pun tak ketat-ketat macam remaja yang lain. Inikah yang dikatakan MALAYSIA negara aman sejahtera??
Ia berlaku semasa saya tingkatan 3 dan tahun terakhir saya bersekolah di kampung halaman. Seperti biasa saya ada kelas tambahan lepas tamat waktu sekolah. Jadi saya akan balik ke rumah pukul 3 petang. Biasanya ayah yang jemput, tapi pada hari tu ayah tak dapat datang, ada hal. Jadi terpaksa la saya naik teksi. Tapi punyalah keras kepala si pakcik teksi tu sebab tak nak hantar saya sampai rumah. Hantar sampai cabang 3 je. Jauh pulak tu nak kena jalan kaki. Dah la jalan berhutan tebal, dikelilingi ladang getah, dan takder rumah orang pulak tu. Paling teruk dipertengahan jalannya pula ada kes bunuh suatu ketika dulu!! Nanti saya cerita pasal pembunuhan ngeri tu (Tengah cari keratan akhbar tapi tak jumpa).
Maka terkedek-kedek la saya jalan kaki. Dah la panas, dahaga pulak tu. Sambil jalan tu mata melilau-lilau tengok kiri kanan. Takut jugak beb dengan keadaan hutan tebal yang tinggi walaupun jalan berturap. Manalah tahu ada harimau ke apa. Sampai dipertengahan jalan betol-betol kat tempat pembunuhan tu tiba-tiba ada sebuah motor datang dari belakang. Tapi saya tak pandang belakang la, teruskan perjalanan.
Bila motor tadi lalu sebelah saya, dia perlahankan motor. Asyik tengok-tengok saya pulak atas bawah. Kejap ke depan kejap seiring dengan saya. Saya jeling kat dia, seorang budak lelaki yang mungkin 3 tahun lebih tua dari saya. Nampak muka macam anak orang barat (orang Thailand yang menetap kat Malaysia).
Apa hal pulak ni? Senyap tak kata apa tapi pandang-pandang orang. Saya jalan makin laju sambil berlari-lari anak. Masa tu dia dah jauh kedepan. Tiba-tiba budak tadi datang balik pastu perlahankan motor, tengok atas bawah atas bawah. Ish masa tu dah tak sedap hati dah. Saya masamkan muka berjalan dengan selaju mungkin. Ada sebuah rumah yang berpenghuni kat depan, tapi jauh lagi. Budak tadi berlalu pergi ke belakang. Jantung saya memang berdebar kencang dah masa tu. Mata melilau cari batu kot-kot dia datang lagi, baling je batu tu kat kepala dia. Geram sangat dah masa tu.
Tiba-tiba budak tu datang lagi dan kali ni dia sentap telekung sekolah yang saya pakai sampai nak tercabut!! Ya Allah, tuhan je yang tahu betapa terkejut, cemas, dan takutnya saya masa tu. Nak nangis pun ada. Habis la aku hari ni kalau kena rogol kat dalam hutan tebal ni. Serentak tu jugak saya baling batu kat dia, tak tau la kena ke tak sebab saya terus berlari dengan selaju mungkin.
Budak tu lesap lagi. Tak dengar dah bunyi motor dia. Dengan beg sandang yang berat atas belakang saya lari selaju mungkin. Memang panik giler dah masa tu. Mata melilau cari tempat persembunyian kalau-kalau dia datang lagi. Sangkaan saya tepat, kedengaran enjin motor dari jauh. Apa lagi, cepat-cepat masuk hutan. Kebetulan ada sebuah rumah kayu buruk kat dalam hutan tebal tu. Rumah tu memang menakutkan sebelum ni, macam rumah berhantu je. Penuh dengan pokok-pokok menjalar sekeliling rumah tu. Ahh tak kira, masa tu memang tak takut hantu dah sebab manusia lebih menakutkan dan kejam dari hantu sebenarnya!
Saya bersembunyi belakang rumah tu, dalam rumput tebal. Sebelum ni memang takut giler kat pacat. Tapi fikiran dah tak ingat kat pacat. Kedengaran motor budak tu makin dekat. TIBA-TIBA dia berhenti betol-betol depan rumah buruk tempat saya bersembunyi tu. Ya Allah selamatkanlah aku!! Rupanya-rupanya budak tu memang tengah cari saya. Mungkin dia pelik kenapa saya tiba-tiba hilang. Ya Allah, syukur alhamdulillah dia tak datang cari kat dalam rumah buruk tu. Kalau tak memang jahanam dah budak tu. Akan jadi pembunuhan kedua la kat situ gamaknya. Ingat saya tak berani?
Tak lama lepas tu dia pergi dari situ. Dengan muka pucat lesi, badan terketar-ketar saya keluar dan pecut lari sampai rumah. Syukur alhamdulillah saya selamat. Itulah pengalaman selama 20minit yang dirasakan bagai 2jam. Dalam hati, Eeee AKU BENCI LELAKI!!!
Akibat peristiwa tu saya mendesak ibu bapa saya agar menghantar saya ke sekolah lain yang lebih selamat. Dan sejak tu jugak saya benci dan langsung tak berkawan dengan lelaki. Kalau terbaca kisah rogol dalam surat khabar mesti terkenang peristiwa tu. Trauma!
Thank you for reading my entry!
2 comments:
Ishh....bahayanya.
Xsemua lelaki
Post a Comment