Tuesday, 19 March 2013

Suami Pendiam Isteri Murai. Serasikah Bersama?

Assalamualaikum


Isteri : Abang, tadi kan ayang pergi pasar. Pastu ada sorang pakcik tu kesian sangat ayang tgk dia bla bla bla.....

Suami : Diam sambil mendengar.


Isteri : Pastu pastu abang tau, tadi kan lucu sangat masa kat simpang tu bla bla bla bla...


Suami : Senyum temewet..


Isteri : Pastu ayang pun.. bla bla bla.... hahahahahahahaha.. lawak arr orang tu..hahaha

Suami : Ketawa menampakkan sebaris gigi tanpa bunyi..


**************
Itu dialog rekaan semata-mata. Namun hakikatnya itulah kebiasaan saya dan suami kat rumah. Mulut saya berkata-kata, bercerita dan ketawa tanpa henti sedangkan suami hanya diam dan senyum. So Sweet!

Kali pertama berjumpa dan apa yang buat saya tertarik pada suami dulu ialah diam tanpa kata. Bagi saya dia sungguh istimewa berbanding lelaki lain yang pernah saya temui. Walaupun kadang-kadang saya agak keliru. Namun syukur alhamdulillah kerana kami diberi satu keserasian dan deria rasa ke-6 (sixth sense) untuk saling memahami. 

Sayangnya, ramai isteri yang mengeluh dan kecewa bila suami sudah tidak mahu lagi bercakap dan bergurau mesra seperti sebelum kawin. Mungkin mereka memerlukan suami yang banyak cakap. 

Sebaiknya nilai diri kita dulu, kenapa suami tidak mahu berborak dengan kita. Serta tengok keadaan suami dulu, adakah dia sedang menghadapi masalah dan sebagainya. Atau memang suami anda memang jenis pendiam. Jangan kita menghukum tanpa usul periksa. 

Biarpun susah meneka diam para suami, para isteri haruslah berusaha memahaminya. Kadang-kadang diamnya suami itu untuk menyelamatkan isteri dari jatuh dosa dan derhaka tanpa isteri ketahui!

Kadang-kadang ada lelaki yang tak suka berbual, tapi suka mendengar. Mungkin dia adalah seorang pendengar yang baik, namun berat mulut untuk berkata-kata.Banyakkan bercerita dan berbual-bual perkara yang baik dengan suami. Isteri kena bertindak dulu, Ringankan mulut untuk bercakap. Wujudkan keceriaan dengan gurau senda bersama suami. Serta jalankan tanggungjawab kita sebagai isteri sepenuhnya. 

Yang penting kalau kita nak menerima, haruslah kena memberi dahulu. InsyaAllah 
kebahagiaan itu milik kita bersama. 

Bagi saya suami pendiam lebih baik kerana saya suka orang banyak mendengar dari 
bercakap perkara yang tidak berfaedah. Apapun bergantung kepada individu masing-
masing, ada yang suka suami pelawak dan sebagainya. InsyaAllah jodoh kita pasti dengan 
orang yang serasi dengan kita.




Thank you for reading my entry!

26 comments:

Bin Muhammad said...

Salam,
Seorang pendiam dan seorang lagi peramah...Itu pelengkap namanya. Tapi jika dua2 peramah @ dua2 pendiam macam mane pula ye?

Hasri Anis said...

keserasian tu boleh muncul dalam pelbagai bentuk.. sama perangai tak semestinya serasi.. begitu jugak sebaliknya.. yang penting kita tahu hargai pasangan hidup masing2.. kena terima dia seadanya.. ada hikmahnya ALLAH ciptakan insan sedemikian rupa untuk kita..

tp saya lebih suka orang yg pendiam.. bukan la jenis yg diam tak berisi.. tp diam dia tu macam penuh bermakna..
ramai orang kata saya sombong sbb tak pandai nak bercakap/bergaul.. tp saya tak marah/tersinggung sbb mereka tak tahu saya macam mana..
masing2 ada keperibadian diri masing2.. saya hormat yg itu ^^

Seneorita Baharin said...

Selalunyaa kalau ppuan yg byk ckp mesty dpt suami yg pendiam n cool je kan,hehhe, mcm my bon2 pun pendiam jgk, tapi kalau dia ckp anie pulak kena diam..acaner tu akak..hehhhe :D

MR & MRS MAKMUM said...

saling lengkap melengkapi

Mieza Jhaa K said...

Waalaikummussalam...O-O klu mcm tu semoga mereka dikurniakan anak yg peramah atau pendiam...haha.. klu tak samaada sepi atau gempak gempita la rumah mereka..

Mieza Jhaa K said...

Watak yang sama dgn suami..mmg ramai yg tidak memahami..tp isteri adalah org yg paling memahami.. terima seadanya..itu yg terbaik..
Terima kasih Hasri..∩__∩

Mieza Jhaa K said...

Jawabnya ialah lelaki pun kdg2 nak kita jadi mendengar yg baik..siapa yg boleh mendengar luahan dia selain kita as org yg paling rapat disisinya... ∩__∩

Mieza Jhaa K said...

serta saling menghargai kehadiran.. dan terima seadanya..betol tak?

QasehnyaRania said...

baru lah lengkap melengkapi..
kalau dua2 peramah , acaner erkk ;)

Mieza Jhaa K said...

Ok jgk tu.. ramai je pasangan yang kedua2nya peramah.. memang membahagiakan.. tapi bila masa memerlukan kita mendengar, kita harus diam sketika dan biarkan pasangan berbicara.

Nick Nashram said...

suami pendiam ok je.
camne kalo suami mulut murai? hahah

Mieza Jhaa K said...

Isteri plk yg pendiam... hihi

jeBateja said...

Hidup ni saling melengkapi...kelebihan saya...kekurangan awak...kekurangan saya..kelebihan awak....bila di satukan....kat situ kekuatan kita.......untuk suami isteri....ahakz

Mieza Jhaa K said...

Yez tepat sekali..
Thanks sudi komen
Ahakz

Aku Penghibur said...

wahhh sweet la cm tu :) saling melengkapi

Mieza Jhaa K said...

Yes..nnti cari pasangan yang saling melengkapi dan memahami ye Acik..ke dah ada ni?

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... ok gak ... kalau marah sorang2 ... sorang lagi cool jer ... hehehee

deno said...

sweet.... abang ipar deno mula2 kawen dgn kaklong, pendiam jugak.. tak bercakap pun dgn adik2 ipar nih.. bila dah lama, dah pandai bercakap bergurau semua... hihi^^

Mieza Jhaa K said...

Waalaikummussalam..baru tenang rumah tangga.. tak porak peranda ∩__∩

Mieza Jhaa K said...

Sama la dgn suami akak...diam seribu bahasa.. haha O(∩_∩)O

Aku Penghibur said...

belum lagi.. masih mencari :)

Remy hazza said...

setuju....suami isteri saling melengkapi.....

Mieza Jhaa K said...

Remy.. carilah pasangan yang serasi dan saling melengkapi.. InsyaAllah bahagia berpanjangan..

Ibu Lala said...

kalau akk x suka sgt orng yg banyak cakap ni. akak suami isteri jenis yg sederhana. dua2 tak byk cakap dan dua2 x la pendiam sgt. tp klw jumpa org yg baru kenal, akk lebih byk cakap dr hubby. hubby diam je malu malu kucing. dapat anak tiga tiga jenis bercakap x henti. pening mak nak layan.

Mieza Jhaa K said...

Haa sekufu la kita nampaknya...hihihi.. memang saya lebih ramah berbanding suami.. Suami dengar dan perbetulkan dari belakang..hihihh

Hope anak2 nanti ada yang ramah dan sebaik hati suami..

Nurul Aini said...

Bila baca entry akak ni teringat dulu, ada pensyarah saya tanya..ciri2 lelaki idaman kamu apa? Ternganga saya..hehe..Tapi tetiba ada budak lelaki kelas saya, menyampuk..sibuk je cakap saya nak kahwin dengan ustaz. Saya cakap saya suka lelaki pendiam..sebab saya mulut banyak..hehe..Saya tuju dekat dia sebenarnya..bising sangat.

Betul2.. Memang Allah itu Maha Bijaksana. Jodoh yang Alla berikan adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. Kalau dua2 mulut longkang..hehe..habislah kan kak. Nak buat entry pasal benda ni lah..kihkih..Sweetlah akak dengan suami. Semoga berkekalan sehingga ke jannah. InsyaAllah, saya doakan akak moga Allah cepat kurniakan cahaya mata yang baik2, soleh dan solehah. ^____^