Friday 13 September 2013

Izinkan Ku Gapai Bintang.


Assalamualaikum.. Hari ni giliran blog Cik Akak pulak direview, iaitu pemenang Segmen Gempak Mieza Jhaa K no 23. Lamanya masa diambil untuk mereview blog sorang-sorang, hehe.. Kadang-kadang saya perlukan masa untuk berfikir serta meneliti.

Blog Cik Akak comey yang bertemakan ungu ini memang dikenali ramai. Belum pun mencecah umur setahun, tetapi follower dah mencecah ribuan. Maklumlah, Cik Akak memang gemar melancarkan segmen yang sentiasa mempunyai ramai peserta. Beliau juga tidak lokek dalam memberi hadiah. Ramai yang dah terima hadiah dari Cik Akak termasuklah saya. Dapat novel dan kad you!

Best juga baca entri-entri Cik Akak dengan gaya penulisannya yang santai, penuh sense of humour  beserta gambarnya sekali dengan pelbagai rupa dan cara posing. Haha. 

Bagi saya Cik Akak adalah seorang yang amat berbakat dalam bidang penulisan serta madah-madah cinta. Itulah dia penangan orang yang dah berpengalaman. Hehe.. Entrinya selalu menarik minat orang untuk membacanya sampai habis walaupun entrinya selalu panjang berjela-jela. Cik Akak juga seorang blogger yang rajin mengunjungi rakan-rakan blogger lain dan paling best, beliau suka klik iklan kita. 

Apapun Cik Akak memang seorang yang suka merendah diri, tidak sombong, ceria, dan amat yakin diri dengan mempamerkan sikap sebenar beliau. Terbaekklah Cik Akak!  

Kepada sesiapa yang belum mengenali Cik Akak, jangan tangguh-tangguh. Jom ke blog beliau NOW!

Thanks for reading..

No comments: