Sunday, 20 October 2013

Apa Yang Anda tahu Tentang Kek?


Kek wajib setiap kali ada kenduri kawin. Samada untuk majlis belah kek, bertunang, mahupun majlis bertandang. Manakala sambutan hari lahir pula, tidak meriah tanpa adanya kek. Pendek kata, kek boleh dihiasi untuk hampir kesemua majlis sosial. Kek sinonim dengan deko yang cantik. Kadang-kadang rupa lebih penting dari rasa. Kek span biasa dengan harga yang murah, namun bila dideko cantik, ia menjadi berganda mahal.

Sekarang, membuat kek tidak lagi menjadi sesuatu yang rumit. Ini kerana, perkakas pembakar dan resepi yang berlambak di internet telah menyenangkan kerja menghasilkan kek walaupun untuk mereka yang masih lagi amatur dalam dunia masakan.

Kek dipanggil "plakous" oleh orang-orang Yunani, dari perkataan "flat". Ini kerana biasanya kek dihasilkan dari gabungan kacang dan madu. Mereka juga mempunyai kek yang dipanggil "satura", bagi kek yang kek berat dan rata.


Pada tahun 1840-an, kemunculan ketuhar suhu terkawal dan pengeluaran baking soda serbuk serbuk penaik memudahkan lagi proses membuat kek. 

Pembuat roti Eropah zaman pertengahan membuat kek buah dan roti halia yang boleh bertahan selama beberapa bulan. Sekitar zaman pertengahan abad ke-17, Eropah telah mencapai kemajuan besar dalam sejarah seni membuat kek. Mereka adalah pelopor kepada kek moden yang bulat dan mempunyai aising. Ini disebabkan oleh perkembangan teknologi seperti ketuhar, acuan makanan dan gula halus.

Kek perkahwinan tertua di dunia dibuat pada tahun 1898. Gambar: dailymailUK 

Kek tertua di dunia yang masih elok hingga sekarang dibuat pada tahun 1898 dan berusia kira-kira 113 tahun. Ia telah terselamat dari musnah akibat terkena bom ketika perang dunia ke-2. Terdapat rekahan besar pada aisingnya akibat bom tersebut tapi ia telah dibaikpulih.


Pernah dengar Pai Whoopie? Pai whoopie ialah kek yang lapisan tengahnya diisi dengan krim. Ketika petani keluar bekerja, wanita Amish membuat pai ini dan menghantarnya di dalam lunch box para petani. Petani merasa terkejut dan gembira, lalu mereka menjerit “Whoopie!”. Inilah asalnya nama pai whoopie. Sejarah kek yang menarik kan?

Kek tertinggi di dunia dalam sejarah kek setinggi 33m. 

Kek tertinggi didunia adalah setinggi 33 m dan telah dibuat oleh Sekolah Kulinari Hakasima-Nilasari untuk acara Amazing Christmas, dipamerkan di Senayan City, Jakarta, Indonesia, mulai 28 November hingga 8 Dis 2008.
Dimensi kek ialah: ketinggian 33 m, lebar 9 m dan berat 18.143,69 kg.
Bahan-bahan termasuk: 1750 kg gula aising, 1620 kg gula, 1620 kg marjerin, 162 kg susu tepung, 243 kg coklat serbuk, 100 liter gula cair, 3240 kg telur.

Kek Platinum antara 5 pencuci mulut paling mahal di dunia.

Kek yang beharga RM450 ribu ini tentunya nampak begitu menyelerakan dengan warna yang berkilau indahnya. Kek ini dibuat oleh Nobue Ikara iaitu seorang chef pastry terkenal dari Jepun. Mahu memberi penghargaan kepada kaum wanita, Ikara telah menghasilkan kek yang didedikasikan kepada wanita yang terkenal di Jepun seperti Rinko Kikunchi dan Chie Kumazawa.

Namun, jangan lupa yang kek mempunyai kalori yang tinggi iaitu hampir 200kkal untuk sepotong kek. Malah ada yang lebih terutamanya kek cheese. Hoho..beberapa potong kek dah berjaya menaikkan berat anda! Sebab tu saya kena pergi gym setiap hari. Aktiviti yang anda perlu lakukan untuk membakar kalori sebanyak itu ialah 90minit berjalan, 60 minit menari tango, dan 35 minit berlari sejauh 6.7km. Sanggupkah anda?

No comments: