Wednesday, 30 October 2013

The Sign Of Hand - Jari Tengah Bengkok?


Hati-hati jika jari tengah anda bengkok! Sama ada jari tengah kiri bengkok ke kanan atau jari tengah kanan bengkok ke kiri. Ia menandakan anda sedang mengalami masalah JANTUNG. Ia bukan specifik kepada penyakit jantung, tetapi ia bermaksud ada gangguan pada organ jantung.

Jika anda mengalami masalah tapak tangan berpeluh, kuku bergelombang, disertai dengan jari tengah yang bengkok, itu menandakan anda memang mengalami masalah jantung. Disusuli dengan simptom mudah berdebar, cepat letih bila buat kerja, sesak nafas ketika menaiki tangga, susah lelap, mudah terperanjat, dada kiri terasa sakit, dan kebas pada jari. 

Masalah ini biasanya berpunca dari kolestrol yang tinggi, stress serta genetik. Biasanya arteri tersumbat terjadi akibat keadaan stress yang berpanjangan. 


Sebenarnya 3 tahun dulu saya mengalami masalah yang sama. Dalam setahun ada 2,3 kali saya mengalami sakit dada bahagian kiri yang sungguh menyengat bila tarik nafas. Lengan dan bahu terasa lenguh-lenguh, susah lelap, sesak nafas ketika mendaki tangga, dan mudah berdebar serta terkejut. Saya juga ada masalah pelupa. 

Nasib baik saya berjumpa pakar analisis tapak tangan, dan dia syorkan saya amalkan Omega 3 softgel. Saya amalkan selama 3 bulan tanpa henti, 2 biji pagi dan malam. Alhamdulillah simptom tersebut hilang hingga sekarang.

Sebenarnya tapak tangan kita mempunyai seribu rahsia tentang kesihatan. Analisis telapak tangan “The Sign of Hand ” telah lama digunakan oleh bangsa Yunani sejak ribuan tahun yang lalu. Tangan merupakan bagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia. Apa sahaja yang berlaku kepada tubuh manusia akan terlihat pada tangan. Di antara bahagian-bahagian tangan yang biasa menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia adalah, tapak tangan bahagian atas, punggung tangan, semua jari (mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku. Pengamatan pada telapak tangan adalah melibatkan perubahan warna dan perubahan fisik (biasanya bengkok ke kiri / kekanan / ke hadapan).

No comments: