Assalamualaikum
Dulu dua bulan nak kawin saya menggelabah giler. Apa taknya, perkara paling penting sebagai seorang isteri masih tidak dimiliki. Apa itu? MEMASAK la beb. Apo kono eh jang..masak pun tak reti apakebenda, macam mana nak jadi isteri nih. Suami pulak suka makan nasi berlauk pauk kat rumah, bukannya kaki kedai. Dia selalu cerita pasal kehebatan dan kesedapan masakan bakal mak mertua. Haih biru den dibuatnya. Bukan setakat pucat.
Apa lagi, kehulu kehilir la saya pergi belajar memasak. Alhamdulillah, sekurang kurangnya pandai la asas sikit sikit. Siap fotostat resepi banyak banyak. Dalam handfhone lagi la banyak kot kot kena masak kari ikan ke apa, tiba tiba lupa pulak bahannya. Baik saya sediakan payung sebelum hujankan.
Maka tibalah hari yang dinanti 2 bulan kemudian. Hmm sesungguhnya tanpa pengalaman ia tetap tidak menjadi. Masin la, termanis la. Kelat pun ada! Adooii teruk punya bini. Mujur la suami jenis tak banyak komplen. Makan je walaupun muka dah hijau kemasinan.
Tapi alhamdulillah, kini saya tahu seghale ghalenya. Nak masak apa? Kari kepala ikan todak? Ikan siakap masak 5 rasa? Hahaha. Ini lah hikmahnya bila tinggal dengan mertua. Boleh belajar masakan kesukaan suami. Inilah juga faedahnya bila rajin. Tak menjadi cuba lagi cuba lagi, jangan putus asa. Apa pun RAJIN tu kunci seghale ghalenya. Kalau pandai masak pun tapi pemalas apa gunanya. Suami nak makan suruh pergi makan ke kedai. Hapa punya bini la.
Zaman sekarang ni mas kawin bukan main tinggi lagi pihak perempuan tetapkan. Tapi anak bukan main pemalas lagi. Saya dulu pun tinggi jugak hantarannya, namun saya rajiiinnnn. Suami cakap je nak makan apa. Haa kelam kabut la saya sediakan. Tidak sesekali saya cakap "Lain kali lah darling, malas laa".
No comments:
Post a Comment