Friday 12 April 2013

Kenapa Blog Kurang Komentor?

Oh no!! Wifi habis quota?? Saya makan ke apa. Rasanya tak pernah pulak download atau tengok cerita online. Yang pasti online fb dan blog pagi sampai malam. Tu jeee... Hmm atau ada sapa-sapa yang mendownload Running Man kat dalam rumah ni? Jadi terpaksa la saya update blog pakai phone but not iphone5 or Samsung Galaxy SIII ye.

Ok, back to the tittle. KENAPA BLOG ANDA KURANG KOMENTOR? Dari pengamatan saya terhadap blog sendiri dan orang lain dapat saya simpulkan seperti berikut..


1. Kurang blogwalking ke blog orang. Biasa lah sikap malas sentiasa ada kan. Mungkin juga anda busy, tapi itulah cara paling mujarab kalau nak orang komen kat blog kita.

2. Ada Word Verification la macam-macam. Erkk paling tak suka. Tolong check blog masing-masing ye. Biasanya saya akan komen sekali je. Pastu serik dah nk pergi. Kejamkan saya? *rasa nak bagitau tapi bila ingat kena masukkan balik word tu.. ermm tak jadi lah. Bye2!

3. Entry tak best. Hehe..komen entry orang pulak. Tapi saya tak maksudkan sapa-sapa la. Cuma nak bagitau kalau entry tu cincai-cincai je memang orang tak suka baca. Nak komen pun malas. Blah cepat-cepat!

4. Tulisan terlalu kecil sampai sakit mata dibuatnya. Ada jugak yang guna huruf berwarna silau dengan backgroud cerah. Adakah orang boleh baca? Anda sorang je kot. Cukup sekadar tulisan hitam background putih. Pasti ramai yang suka.

5. Orang tak faham kita nak cakap pasal apa..contohnya poem yg amat tersirat maksudnya. Baca sampai tengah jalan muntah hijau. Kecuali la jika anda bagitau maksudnya.

6. Tajuk kebabomm...tapi isi merapu-rapu entah kemana. Ishh apakes?

7. Tiada tarikan dalam penulisan.. Membosankan. Kalau semua entry macam tu, mungkin orang tak hingin dah nak datang lain kali.

8. Penggunaan tatabahasa yang tak betul buat pembaca tak suka menghabiskan bacaan. Sekadar komen setakat mampu saja lah.

9. Banyak widget serta iklan.. nak baca pun susah...inikan pula nak komen.

10. Jarang update entry pastu kurang blogwalking pulak.. Hmm 2 in 1, susah la macam tu.

11. Tiada dalam senarai bloglist sesiapa. Jadi entry terbaru anda tidak diketahui sesiapa lah, melainkan anda rajin blogwalking dan setiap entry dishare ke Google dan Facebook.

12. Tiada blogger yang rapat dengan kita..iaitu pelanggan tetap atau sahabat blogger paling akrab.. Biasanya mereka ni orang pertama yang akan datang mengomen ke blog kita setiap kali update entry.

13. Sombong...tak balas komen. Pengomen pun rasa macam masuk rumah berhantu je..sunyi sepi. Ish takutlah, lain kali tak nak datang dah.

14. Penggunaan kata ganti diri yg kurang mesra..contoh i, den, gua, patik, hamba..biasa paling mesra AKU..tp saya lebih suka guna 'saya'..ayu sket...poyooo!

15. Ayat berulang ulam..contoh.. saya guna produk zzz..saya guna produk zzz ni sebab...produk zzz ni bagus kerana...produk zzz ni murah je...Zzzzz KROH KROH!


Apa lagi yang anda tak suka? Boleh berkongsi diruangan komen.


Thank you for reading my entry!

28 comments:

Akupenghibur.com said...

hheeeheh setuju jgk !!!

Bin Muhammad said...

Salam Jumaat,
1,12,13...sikap blogger, selebihnya berkaitan blog dan entri. Hmmmm... Pd pandangan saya byk yang saya setuju. Lagi satu..topik entri, kalau berkaitan cite2 budak2 remaja...memang saya xtau nak komen ape.

najihahfara said...

kita sebagai blogger kena tengok & kaji balik apa yang x kena dengan entry & blog kita kalau x de org nak komen :)

boni kacak said...

hahaha.saya pakai kolagen sebab kolagen ni bagus. sejak pakai kolagen ni kulit saya bertambah tegang dan cantik. kolagen ni benar2 buat saya rasa muda.hahahaha. betul2. saya setuju dengan semua2 sebab tu

Delima Zamrud said...

Setuju ngan mieza, blogwalking mmg penting selain merapatkan hubungan sesama rakan bloger kan :)..

lynmunir said...

Setuju dengan semua yang di atas tu. Tapi kurang komen bukan bererti tiada pembaca, silent reader pun ramai kan ??
Saya juga lebih memilih menggunakan aku sebab kita bila berdoa dengan Allah pun biasanya menggunakan ganti diri 'aku', rasanya tidak salah kan ?

iha said...

Hehehe saya tersangatlah setuju wahai akakku.. iha punya komen pun turun mendadak minggu ni sebab tak bw.. nak buat camne, wifi yang patut dipersalahkan.. susah nak bw blog orang lain.. nasib baik blog akak ringan, sampai jugak iha kat sini..

Unknown said...

saya suka semua blog selagi boleh dibaca dan penuh dengan ilmu yg bermanfaat ^_^

Unknown said...

patot laa xnampak akak, selalu sehari mesti update kan, ingat nak message laa tanya..hehe :D btw anie ada kt keyell dah ni tu yg lambat berkunjung di sini, ayat poyo gila kan :D hihi..

Sangat setuju dgn entry akak ni, kalo ada word verification tu lg laa org ssh n mcm malas nk komen sebab selalu salah time nak verify tu, last2 pangkah terus kan..hihi. ^_______^

Unknown said...

kalau line ternet slow kena terima ke? setiap hari saya tunggu line ok, asal slow saya mulai dah nak stress..so tak layan. buat kerja, jogging dan lain2. But blog Mieza Jhaa K semestinya piluhan saya ..blog ni mesra maya dan punyai personaliti tersendiri. tq ..kalau masih ada waktu nak ke laman pesona ..walaupun memang jelas tak adapun pesonanya. setuju dgn pendapat kalau komentar semakin kurang, tak dinafikan..

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... blogwalking dan sentiasa reply comment . Saya tak kisah entry x best ker , blog sakai ker , asalkan dia rajin comment entry saya , saya akan cari idea utk comment entrynya wpun kekadang tu x tau apa yg blogger tuh nak sampaikan . Lbh mudah , anggaplah jer blogger tu sdg kering idea ...

Azwar Syuhada said...

Semua yang di atas ku sokong 100%.. huhu.. =D

Unknown said...

Blog Acik mmg terbaik.. buat saya nk baca sampai habis..dan komen ∩__∩

Unknown said...

Komen setakat mampu sajalah..hehe

Unknown said...

Benar lagi bersuluh tu..hehe

Unknown said...

Ada cara yang lebih cantik nak bagitau pasal sesuatu kan Abang Boni.. Jadi sblm post kena baca balik..adakah ayat aku ni bagus?

Unknown said...

Ye la kan..kalau nak orang datang blog kita, kita la kena pergi blog mereka dulu.. :)

Unknown said...

Silent reader pasti ada terutamanya dikalangan bukan blogger. lagi2 kalau blog kita ada tajuk2 yang menarik perhatian mereka. Ye, ramai yang menggunakan kata diri 'aku'.. lebih mesra.

Unknown said...

O'o kesian kat wifi..akak pun pukul 3 pagi baru boleh guna ni..klu xbw mmg kurang sgt pengomen..nmpak sgt kita xglemerkan..hihihi

Unknown said...

Sama la kita.. ^___^

Unknown said...

Hmm..nak buat macam mana..hari tak selalunya cerah..hehe.. Akak menantikan khabar berita dari Anie tu..tak sabar rasanya..

Akak cuba masukkan jugak WV tu walaupun salah..sebab nak jgk komen kalau entry tu best..tp tu la..menyusahkan pulak..

Unknown said...

Wau.. jenuh jugak tu kalau setiap hari menunggu.. InsyaAllah saya akan ke sana..masalah wifi ni buat saya kurang bw beberapa hari ni..

Unknown said...

BEtol tu.. komen setakat mampu je la..

Unknown said...

Ada jugak dibawah klasifikasi yang sama...cuma diulang utk perbanyakan isi..hehee

selipar putih said...

kena rajin blogwalking dengan entry berkualiti bagi aku..word verification tu paling asas memang kena buang awal2.lagi satu dari apa yang aku perasan entry peribadi selalu dpt lebih komen berbanding entry isu semasa..hee

Unknown said...

nie byk yg komen...kira ok ler tu........ he3......remy setuju gak dgn fakta diatas......

Nur Nainis said...

Betul2 saya sokong akak..Salah satu cara nak orang datang dan komen blog kita, ialah kita datang dan komen blog orang lain..baru ada hubungan dua hala..Kalau tidak, rasa tak ada apa..sunyi je.

Unknown said...

Tepat sekali..entry mmg kena baguih..tp klu isu semasa yg hot contohnya kes pelik2 baru la ramai...klu hal politik org takut nk komen..