Tuesday 23 April 2013

Kenapa Cinta25hb?


Assalamualaikum

Kenapa saya pilih cinta25hb? Apa kaitan saya dengan cinta pada 25hb? Ada banyak perkara yang berlaku pada tarikh tersebut. Suka duka sengsara bahagia. Majoritinya berlaku tanpa dirancang tapi terancang iaitu pada 25hb secara kebetulan. Pelik bukan? Sebenarnya pada awal saya buat blog ni hanya untuk bercerita soal cinta. Namun penulisan juga tidak mampu untuk meluahkan rasa hati yang gundah gara-gara cinta suatu ketika dulu.

Paling awal dalam hidup saya ialah saya lahir pada 25hb April. Beberapa hari lagi ye kawan-kawan. Hehe. Lahir dari rahim seorang ibu yang tabah menghadapi dugaan di alam perkahwinannya. Saya anak bongsu yang dilahirkan paling kecil. Mungkin ibu banyak masalah dan terpaksa berdikari semasa mengandungkan saya. Tapi ia tidak pernah dianggap tarikh penting dan patut diraikan. Kerana saya tidak pernah menyambutnya setiap tahun sehinggalah saya dah bercinta dan berkahwin.

Kali pertama saya bertemu Mr.K atas urusan kerja pada 25hb Januari. Orangnya kurus, tinggi, pendiam dan kuat bekerja. Baik orangnya dan tiada tanda-tanda dia nak mengorat saya. Kira tak macam lelaki lain la..haha

Pada tarikh 25hb Januari tu juga adalah hari lahir Mr.K! Masa kami jumpa atas urusan kerja tu. Dan kami telah keluar makan dengan seorang lagi kawan saya. Masa tu saya yang belanja sebab atas urusan kerjakan. Tiada lagi tanda-tanda yang dia jodoh saya ke apa. Masa tu saya pandang dia sebelah mata je kot. Haha

Segala suka duka pertemuan kami selepas tu juga banyak berlaku pada tarikh 25hb. Semuanya secara kebetulan termasuklah dugaan dimana saya terpaksa melupakan kehadiran dia dalam hidup saya.

Dan tarikh paling bahagia dalam hidup saya ialah pada 25hb November. Tarikh perkahwinan kami yang ditetapkan oleh abah mertua dan ia amat mengejutkan pihak perempuan sebab terlalu awal. Iaitu 3 bulan dari tarikh perbincangan! Ini semua gara-gara abah mertua yang bekerja di Sabah pada waktu tu dan susah nak mohon cuti panjang. Maka kelam kabut la kami sekeluarga. Pihak lelaki pun kelam kabut juga dibuatnya. Banyak kali juga kami rancang nak tukar tarikh, tapi memang dah ditakdirkan kami berkahwin pada 25hb November. Hmm kebetulankah? Memang kebetulan sebab lepas tu baru saya perasan tarikh tersebut.

Semuanya berkaitan cinta. Disebalik kedukaan ada keindahan. Adakah saya ni seorang yang mengagungkan cinta dunia? Ia hanyalah sekadar kebetulan. Setiap orang pasti ada pengalaman cinta masing-masing.


Thank you for reading my entry!

No comments: