Wednesday, 13 March 2013

Petanda Jodoh : Kau Milikku

Assalamualaikum

Anda semua pernah merasai pengalaman mengecam jodoh? Bagi mereka yang akan melangkah ke arah perkahwinan dan yang sudah berkahwin pasti pernah merasa. 

Dulu diawal pertemuan dengan Mr.K, saya tidak pernah jatuh cinta pandang pertama. Cuma sekadar tertarik dengan perwatakannya yang pendiam dan menjaga pandangan mata serta kelakuan. Orangnya cool serta bersih (dari segi pemakaian dan raut wajah). Sedangkan saya pula macam murai, suka bertanya bercakap dan ketawa. 

Ingat lagi soalan pertama saya semasa dia datang ke meja saya atas urusan pejabat, "Awak ni keturunan Cina ke?". Tapi dia hanya tersenyum tanpa menjawab walau sepatah. Dialah orang terpelik didunia. Lepas tu baru saya tahu yang dia kurang bercakap dengan orang. Hahaha

Selepas itu kami kerap berjumpa kerana dia berkawan rapat dengan staff pejabat saya. Selalu nampak muka dia kat kantin dan kerap kali juga kami semua makan bersama. Masa tu saya dapat rasa dia suka berkawan dengan saya yang ceria setiap masa. 

Perkenalan kami yang singkat itu amat bermakna kerana dirasakan macam ada keserasian dalam banyak perkara. Kami masing-masing seperti ada deria rasa ke enam (sixth sense). Walaupun pada mulanya saya agak keliru dengan sifatnya yang kurang bercakap, inikan pula menyatakan rasa hati. Tapi kami hanya pendam dan percaya kalau ada jodoh, akan bersatu jua.

Dia pernah menyatakan kepada saya yang dia suka berkawan dengan saya dan senang bersama. Hati ini mula berdebar-debar kerana perasaan yang sama. 

Namun saya terpaksa melupakan rasa hati yang mula tumbuh, bila mengetahui ada seseorang yang lebih menyintainya. Saya beri laluan untuk mereka kerana saya percaya Allah sudah tentukan dengan siapakah jodoh saya. Semoga dia berbahagia dengan orang yang dia cintai. 

Suatu hari dia berpesan supaya saya melakukan solat Istikharah. Kerana dia pernah bermimpi pasangannya berkahwin dengan orang lain. Hati saya berdebar kerana dia pernah hadir dalam mimpi saya sebelum ini. Namun saya hanya pendamkan. Mungkin mainan tidur. 

Hati ini takut, kalau-kalau menjadi penyebab keruntuhan hubungan mereka. Ya Allah, kau buanglah rasa cintaku terhadapnya jika dia bukan jodohku. Walaupun hati ini perit dan sakit yang teramat bila sedaya-upaya cuba melupakan dia. Hati ini kuat mengatakan dialah jodoh saya. 

Segalanya terjawab bila dia menyatakan saya adalah calon isteri pilihannya. Ya Allah, hati ni hanya Allah saja yang tahu. Inikah yang dikatakan cinta dari Allah? Kali pertama hati ini benar-benar jatuh cinta dengan perasaan yang amat hiba dan ikhlas walaupun saya pernah bercinta sebelum ini. 

Itulah kisah 3 tahun yang lalu dan sekarang sudah 2 tahun lebih kami berbahagia melayari hidup di alam perkahwinan tanpa ada sengketa dan bermasam muka. Ketenangan terpancar diwajahnya saat diri ini dilanda masalah. Sikap penyanyangnya tidak pernah berkurang dan dia telah banyak merubah saya menjadi lebih baik dari segi pemikiran dan tindakan.


*Dulu saya selalu berdoa semoga dikurniakan seorang suami yang baik, beriman dan boleh membawa saya ke arah kebaikan.


Sebelum tu baca related entry di sini..  Mungkinkah Ini Cinta? 


Thanks 4 reading my entry!
Post a Comment