Friday 19 July 2013

Tapak Tangan Berpeluh. Kenapa ye?

Assalamualaikum. Siapa yang pernah mengalami tapak tangan berpeluh secara tiba-tiba? Pelikkan? Itulah yang selalu saya alami dulu dan ia sungguh merimaskan.  Nak menulis pun susah sebab pen menjadi licin dan sentiasa kena lap. Kadang-kadang risau juga, takut ada masalah serius ke apa. Sehinggalah saya berjumpa dengan Kak Ma yang tahu bab-bab penyakit ni. Dia kata tapak tangan berpeluh menandakan seseorang mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.

Hmm.. memang stress pun masa tu dan sering kali juga sesak nafas bila mendaki tangga atau ketika berjoging. Tangan kiri pun asyik kebas je. Mungkin juga sebab kadar kolestrol saya meningkat kerana suka makan makanan ringan dan manis.


Jadi Kak Ma syorkan saya makan omega 3 yang memang sesuai untuk mengatasi masalah stress, jantung, saluran darah tersumbat, kolestrol, mudah lupa, dan banyak lagi masalah lain. 

Omega 3 keluaran HPA yang berharga RM25. Kadang-kadang kalau stok HPA habis, saya beli Omega 3 Halagel. Sama sahaja fungsinya.  

Omega-3 merupakan sejenis asid lemak (fatty acid), iaitu nutrien yang sangat penting untuk otak dan mata. Banyak kelebihan yang terkandung di dalamnya seperti mencegah ;

• Kanser
• Trombosis (pembekuan darah)
• Artherosklerosis (pembekuan lemak dalam saluran darah)
• Kadar kolesterol yang berlebihan
• Plasma lipid yang berlebihan
• Penyakit jantung
• Stres yang berlebihan
• Tekanan darah tinggi
• Radang sendi (Rheumatoidarthritis)
• Asthma
• Membantu meningkat daya tenaga dan kesuburan
• Kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat
• Penyakit kulit
• Migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

Dah 3 tahun saya amalkan Omega 3 ni.. Alhamdulillah selepas 3 bulan pertama, masalah tangan berpeluh tu dah hilang. Paling best, saya tak mudah terkejut macam biasa dan penyakit mudah lupa turut hilang. Kalau dulu buka peti ais, kena tercegat dulu 2,3 saat baru ingat nak ambil apa. Isshh, pelik!

Thanks for reading..

2 comments:

Unknown said...

Cervical spondylosis is a general term for age-related wear and tear affecting the spinal disks in your neck. As the disks dehydrate and shrink, signs of osteoarthritis develop, including bony projections along the edges of bones (bone spurs).

Unknown said...

Cervical spondylosis is a general term for age-related wear and tear affecting the spinal disks in your neck. As the disks dehydrate and shrink, signs of osteoarthritis develop, including bony projections along the edges of bones (bone spurs).