Sunday 18 August 2013

Saka Mengamuk di Kenduri Kawin.

Assalamualaikum.. Nak cerita kisah saka hantu raya yang berlaku di kampung saya 3 tahun lepas. Sungguh menyeramkan bila hantu raya yang tak pernah muncul, tiba-tiba mengamuk bila tuannya mengadakan kenduri perkahwinan anak sulung. Namun si tuannya juga tidak mengetahui yang saka tersebut ada bersamanya. Saka milik datuk moyang mereka dulu-dulu yang diamanahkan untuk menjaga rumah, kebun dan anak cucu.

Majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar sehinggalah menantu lelaki berarak menuju ke rumah pihak perempuan. Kelihatan seorang perempuan jatuh pengsan. Bila dimasukkan ke dalam kereta, dia terjaga dan bertempik mengatakan ada seekor binatang seperti monyet nak mengigit tangan dan kakinya. Keadaan perempuan tersebut berlarutan sehingga 4 hari dan terpaksa dihantar ke hospital. Namun dia semakin teruk dengan keadaan memekik terlolong mengatakan ada binatang nak makan kakinya. Sehinggalah ada ustaz datang menghalau makhluk halus tersebut.


Selepas terjaga dan tidak diganggu lagi, dia bercerita bahawa pada hari kejadian dia terlanggar seekor binatang yang pelik dan hodoh menyerupai monyet. Kemudiaan binatang tersebut terus mengekornya balik ke rumah dan ingin memakan tangan dan kakinya. Katanya lagi, binatang tersebut nak makan pulut kuning namun tuannya tidak menyediakan pulut tersebut sebelum majlis berlangsung.

Kejadian pelik juga berlaku kepada orang ramai yang menghadiri majlis kenduri tersebut. Mereka semua demam teruk berhari-hari lamanya, kecuali tuan saka tersebut.

2 hari lepas, kejadiaan yang sama berulang lagi ketika kenduri perkahwinan anak ke-3nya pula. Seorang lelaki yang pernah terkena strok, jatuh di dalam bilik air dan dikejarkan ke hospital. Namun lelaki tersebut mengamuk di wad kerana ada hantu raya yang mengacau.

Inilah bahana saka yang menyusahkan anak cucu. Sebelum makhluk tersebut terus mengacau anak cucu dan orang sekeliling, adalah lebih baik sekiranya makhluk tersebut dibuang jauh-jauh. Seram sejuk pulak rasanya. Mujur bukan saya yang kena.

Thanks for reading..

No comments: