Wednesday 20 June 2012

Dragon Ball!

Assalamualaikum


Satu2nya cerita kartun yang paling aku gemari. Sejak dari zaman sekolah lagi memang tak pernah ketinggalan. Masa sekolah dulu ada satu lagi yang aku suka sebenarnya. SAILORMOON! Hehe.. Tapi sekarang cerita sailormoon tu dah tak sesuai dengan citarasa dah kot. Jadi Dragon Ball lah yang kekal sampai sekarang ni.

Dulu aku tengok setakat Goku berlawan dengan Majin Bu je. Tu pun dah ingat2 lupa. Maklumlah dah dekat 10tahun dah.

Sekarang walaupun sudah berkahwin, Goku tetap dihatiku.. Haha..

Rupanya suami n adik2 ipar pun memang peminat setia Dragon Ball. Adik ipar bongsu darjah 4, baru nak berkenalan dengan Goku. Jadi ni lah peluang aku untuk sambung balik kisah yang tak berpenghujung tu. Ulangan cerita ni banyak disiar dalam Astro Cartoon Network.

Tiap2 malam pukul 9 sampai pukul 10 (kecuali Jumaat & Sabtu), aku dengan adik ipar dengan excitednya menonton Dragon Ball. Sekarang ni Goku terkena serangan jantung, manakala kawan2nya sedang berlawan dengan Android.  Walaupun dulu dah tengok perlawanan dengan Android ni, tapi banyak yang dah terpadam dari memori rupanya.

Jom! Sama2 lah kita menontonnya.

Tq 4 reading my entry!

No comments: