Friday, 22 June 2012

Fashion Kingg!

Assalamualaikum


Hari ni last episode citer Fashion King ni.. Endingnya memang geram betol! tak patut tak patut.. pasti ramai yang setuju dengan pernyataan ni kan?Kecewa!

Citer ni pada awal hingga ke episode kedua lastnya memang syok betol.. tapi laassstt sekali terasa pelik pulak.. 30minit sebelum ending tu dah rasa pelik.. Rasa macam ada 1 episode lagi sepatutnye laa.

En. Kang telah menunggu kedatangan Lee Ga Yong dengan sejambak bunga. Kemudian dia ternampak Lee Ga Yong keluar. Dia tersenyum gembira. Tapi saat itu En.Jung datang dan mereka berpimpin tangan dengan mesra masuk ke dalam kereta.

Ini bermakna..! Lee Ga Yong telah menerima cinta En.Jung dan melupakan En. Kang. Hati En. Kang hancur dan kecewa. Malam tu dia mabuk dan menangis sepuas hati (Stail drama Korea memang..tak habis2 menangis).

Kemudian semasa berada di dalam kolam di rumahnya, En. Kang telah menelefon Lee Ga Yong lalu menyatakan rasa rindunya. Akan tetapi seorang lelaki telah datang lalu menembak En.Kang. Aku rasa pasti En.Jung yang upah lelaki tersebut. Dan yang menariknya Lee Ga Yong juga menyatakan dia rindu En. Kang. Adakah dia masih cinta En.Kang?? Atau Lee Ga Yong ni memang tak tahu mana satu dia nak sebenarnya?Tak faham tak faham.. Adoii

Tengah2 tak faham tu, citer pun habis! Kuakua

Tq 4 reading my entry! Ni semua pOyOoo!

No comments: