Sekarang ni aku tengah giat menonton cerita MISS AHJUMMA yg hanya ditayangkan dlm Astro 393.. Cerita ni boleh dikatakan best la jugak dan puas hati bagi orang-orang yang berjiwa 'excited' macam aku ni.. cerita yang tidak boring dan membosankan.. Ini kerana setiap kejahatan yang dilakukan penjahat dalam cerita ni (Si Sae Mie jahat!) pasti terus mendapat balasan hari tu jugak.. tak payah tunggu hati penonton jadi benci membuak, dan tak payah tunggu 'last episode' baru nak selesai segalanya.. Bestkan citer ni.. Pasti ramai yang menontonnya.
MY SINOPSIS
Cerita ni mengisahkan tentang seorang isteri bernama Ghum Hwa yang hidup bahagia bersama suaminya Kyun Se, anaknya Dan Bi dan ibu mertua. Dia seorang isteri, ibu serta menantu yang sempurna dan disayangi, namun dek kerana kesibukannya dia mengabaikan penjagaan wajah serta penampilan diri.
Suatu ketika dulu Ghum Hwa memang seorang yang cantik, dan disebabkan kecantikannyalah Si Kyun Se mengahwini Ghum Hwa. Sedangkan pada masa itu Si Sae Mie menaruh hati terhadap Kyun Se, namun Kyun Se tak pandang sebelah mata sebab dia hodoh masa tu.
Suatu ketika dulu Ghum Hwa memang seorang yang cantik, dan disebabkan kecantikannyalah Si Kyun Se mengahwini Ghum Hwa. Sedangkan pada masa itu Si Sae Mie menaruh hati terhadap Kyun Se, namun Kyun Se tak pandang sebelah mata sebab dia hodoh masa tu.
Konflik bermula setelah beberapa tahun kemudian, Si Sae Mie muncul kembali dengan perwatakan yang berbeza. Cantik, menawan, seksi, gediks serta koyas. Kebetulan pula pada masa tu syarikat Kyun Se dalam masalah, dan keadaan ini digunakan Sae Mie untuk merampas Kyun Se dari Ghum Hwa. Sae Mie telah membantu menaikkan semula syarikat Kyun Se dengan mendapatkan kontrak untuknya.
Atas alasan kerja mereka selalu berjumpa dan keluar bersama. Peluang ini digunakan Sae Mie untuk menggodakan Kyun Se dan memecahbelahkan keluarganya.
Dipendekkan cerita.. tidak lama kemuadian setelah beberapa peperangan tercetus Ghum Hwa dan Kyun Se akhirny bercerai. Kyun Se yang sedang gila bayang terus mengahwini Sae Mie dan Ghum Hwa pula tinggal bersama ibu bapanya.
Nasib malang Ghum Hwa tidak hanya berakhir disitu apabila kesemua duit hasil jualan rumah kenangan perkahwinannya bersama Kyun Se lesap ditipu oleh si penipu jualan hartanah.
Atas dorongan sahabat sejati dan keluarganya, dia keluar mencari kerja. Namun oleh kerana penampilan serta status jandanya menyebabkan dia susah untuk mendapat pekerjaan.
Akan tetapi sinar baru Ghum Hwa bermula apabila dia mengikuti kursus sebulan untuk perubahan penampilan diri. Sepanjang berada disana dia berusaha menurunkan berat badan dan diakhir program penganjur menyediakan pakej perubahan penampilan dan dia telah berubah menjadi seorang yang cantik seperti zaman mudanya dulu.
to be continue.....
No comments:
Post a Comment