Assalamualaikum
Tiba-tiba terfikir alangkah bagusnya kalau aku belajar
bersungguh-sungguh dulu dan dapatkan keputusan SPM yang terbaik suatu
ketika dulu. Jadi aku boleh melanjutkan
pelajaran ke universiti yang diimpikan dan menjadi seseorang yang berjaya
sekarang.
Tapi betulkah takdir aku sekarang akan berubah jika aku belajar bersungguh-sungguh dulu? Adakah aku akan dapat pekerjaan yang bagus dan berjaya selepas keluar universiti? Entah-entah semasa di universiti tu aku lalai dengan cinta, pelajaran entah kemana dan dapat keputusan tak elok. Tak pun kena tendang, padan muka!
Jika aku berjaya sekalipun, adakah aku akan berjumpa dengan suami aku sekarang? Zaman sekarang ni susah nak dapatkan suami macam Mr.K yang baik hati, serasi dengan jiwa, dan tak merokok pulak tu.. Aku amat-amat berbahagia sekarang. Syukur Alhamdulillah!
Dan jika ditakdirkan aku berjaya serta berkahwin dengan orang yang sama sekarang, adakah aku dapat jadi isteri yang baik dan bertanggungjawab jika aku bekerja? Tiada gunalah dapat suami yang baik hati jika aku tidak dapat melaksanakan tanggjungjawab sebagai isteri sesempurna sekarang. Lama-kelamaan suami pun tawar hati dan paling teruk rumahtngga menjadi hambar serta tidak bahagia. Oh Tidak!
Sejak
dulu lagi aku lebih mementingkan kebahagiaan dari kejayaan duniawi. Cukuplah
dengan apa yang aku ada sekarang. Jangan sangka menjadi suri rumah adalah
kolot dan terperap saja. Dengan ketenangan dan masa terluang yang banyak
sekarang, aku boleh belajar macam-macam tau! Entah2 lebih up to date dari mereka yang sibuk bekerja.
Ramai orang berkata “kalau tak bekerja, takder duit sendiri lah. Bergantung pada duit pemberian suami saja”.
Tengok pada keadaanlah. Jika suami anda bergaji kecil serta tidak mampu dan anda pula suka berbelanja besar, maka bekerja lah jika suami izinkan. Akan tetapi jika suami sudah sememangnya mampu dan dia ingin kita berada dirumah saja dengan pembelanjaan yang cukup tiap-tiap bulan, buat apa lagi kita nak menyusahkan diri?
Jadi lah isteri yang pandai ikut keadaan semasa serta tidak menderhaka. Pandai menjaga diri dan rumahtangga. Seorang isteri yang baik lebih mementingkan soal rumahtangga daripada kerjaya sendiri. Sekian.
-------------------------------------------------------------
Jadi, sahabat-sahabat
sekalian.. Terimalah apa jua takdirmu yang sudah berlalu. Jangan berkalau-kalau
lagi dan jangan merungut tidak puas hati. Segala apa yang Allah takdirkan pasti
ianya adalah terbaik untukmu. Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang.
Tq 4 reading my entry!
No comments:
Post a Comment