Assalamualaikum
Hidup kalau tiada cabaran dan
pengalaman memang rugi sesangat. Sebab hanya dengan cabaran dan mengalaminya
sendiri barulah kita dapat merasa, memahami, dan menjiwai hati kita sendiri dan
juga orang lain. Jika kehidupan kita sekarang selalu senang, sentiasa rasa
bahagia dan sentiasa dibantu sepatutnya kita berasa resah. Takut bila tsunami
melanda tanpa memberi amaran, kita terumbang-ambing tanpa daya.
Akan tetapi ada yang tidak pernah
menyedari bahawa setiap dugaan yang menimpa sebenarnya untuk membuka minda dan
hati kita dengan lebih luas. Mereka berasa tidak puas hati dan merungut serta
menyesali sesuatu yang sudah berlalu. Malah mereka memberontak dan menyalahkan
orang lain atas apa yang terjadi. Mereka tetap ingin menang dan memiliki apa
yang tidak ditakdirkan untuknya tanpa mengetahui bahawa sesuatu yang disukainya
itu sebenarnya amat merbahaya untuknya akan datang.
Jika dulu kita dilahirkan dalam
kehidupan yang susah dan tidak bahagia seperti orang lain, kita sepatutnya
berbangga kerana kita dapat mengharunginya. Ketika orang lain bergembira kita
hanya mampu melihat, ketika orang lain berbahagia kita hanya mampu tersenyum
hambar. Saat itu diri dan hati kita telah menjadi kebal malah lebih kuat untuk
mengubah kehidupan.
Andai suatu hari dugaan melanda
lagi, kita tidak mudah dihanyutkan arus malah hati yang cekal sudah siap sedia
menahannya. Bibir hanya tersenyum hambar dengan hati yang tenang tanpa secubit
rasa tertekan. Hal-hal kecil dalam kehidupan bagaikan semut api merah, sekali
pijak sudah mati. Orang lain yang sentiasa senang bagaimana pula? Mereka tidak
akan dapat membuat penyelesaian sendiri tanpa bantuan orang lain. Mereka lemah
tidak bermaya sehinggalah setiap dugaan yang menimpa bertimpa-timpa itu
mematangkan dirinya.
Beruntunglah jika dari awal kita
hidup menderita, mungkin suatu hari dengan kesungguhan dan pertolongan dari
Allah kita akhirnya dapat merasa apa itu kesenangan dan kebahagiaan. Sentiasalah
bersangka baik, berdoa, dan berusaha menggapai impian.
Thanks 4 reading my entry!
6 comments:
suka entry .. bleh jadi benda yang kita suka itu mendtgkan keburukan kepada kita dan benda yang kita benci itu mebahagiakan kita... ALLAH adalah sebaik perancangan .:)
Tau dah,,..acik mmg suka entry macam ni..haha.. ye tepat sekali..jadi bersyukurlah apa adanya..
ALLAH SWT tahu apa yg terbaik buat diri kita :) nice entry...
Terima kasih hanis
iha dah membesar dengan zaman yang sangat susah (kononnya) jadi bila Allah beri peluang untuk iha bernafas lagi harini, rasa syukur sangat sebab iha dah tak susah macam dulu lagi.. apapun sebaik-baik perancang sinopsis hidup kita adalah datang dariNya sendiri.. :)
Sama la kita dik..masa tulis entry ni akak terkenang kisah zaman kecik2 dulu.. namun akak bersyukur skrg jadi org berguna juga..
Post a Comment