Assalamualaikum..
Tidak dapat dinafikan majoriti
menantu tidak suka tinggal dengan keluarga mertua. Kalau ada pun sikit sangat, tu pun sebab
terpaksa nak jaga hati suami atau isteri atau tiada rumah untuk disewa dan
banyak lagi sebab lain.
Macam situasi saya sekarang tiada
rumah untuk disewa. Jadi kami ambil keputusan tinggal dengan mertua sahaja. But,
dalam kes saya ni bukan terpaksa tapi suka. Haha! Sebab saya ni jenis cepat
membiasakan diri dengan keadaan semasa. Masuk kandang kambing mengembeekkk,
masuk reban ayam berkokok laa.
Malah keputusan untuk tinggal
dengan keluarga mertua juga nampaknya menjadi kerisauan ramai! Kenapa
ekk.. adakah keluarga mertua tidak boleh dianggap keluarga sendiri? Atau mereka
semua tidak serasi dengan jiwa? Entah lah.. yang pasti saya tak rasa yang semua
tu membebankan.. tak percaya?
Ikutilah tips ni kalau-kalau ada yang
boleh diambik pakai untuk uolls :-
Cuba Biasakan Diri
Buat macam rumah sendiri, jangan
rasa janggal pulak. Dan anggaplah ibu dan ayah mertua serta adik-beradik ipar
macam keluarga sendiri. Memang pada awalnya kita rasa tidak selesa. Lagi2 kalau
kita perempuan, dan ada pulak adik/abang ipar yang hampir sebaya atau lebih
tua. Tak best juga nak berbebas sangat. Tapi anggap lah mereka adik-beradik
kita sendiri, buat biasa2 saja. CUMA, jagalah adab sopan dan pemakaian anda ye
serta BATAS-BATAS nyeee.
Bergaul Mesra
Bila ahli keluarga mertua sedang
berkumpul dan berborak, ikut serta la. Jangan terperap saja dalam bilik macam
budak tak matang. Amat memalukan bila orang yang dah berkahwin berkelakuan
macam remaja psiko, memberontak tak habis-habis. Cuba dengar, menyampuk dan
mengikut rentak mereka. Lama-kelamaan rasa janggal akan jadi ganjil bagi kita
dan mereka juga.
Jadilah Isteri Yang Rajin dan
Bertanggungjawab
Kalau anda tinggal berdua sahaja
dirumah sendiri, apa tanggungjawab anda sebagai isteri? Semestinya lah kita
kena masak untuk makan pagi, tengahhari dan malam. Kena cuci pakaian, kemas
rumah, jemur kain angkat kain lipat kain. Samalah juga kalau tinggal dengan
mertua. Cuma kalau kita jenis pemalas, cuba jangan menyusahkan mertua pulak.
Jangan ada niat untuk menyusahkan mertua ye, sepatutnya kita yang ringankan
beban mereka.
Bantulah ibu mertua didapur,
terutama semasa menyediakan sarapan. Jangan bangun pukul 9 pagi pulak, pastu
lahap apa yang ada. Walaupun waktu cuti, cuba maintain waktu bangun pagi anda. Kecuali
la kalau kita TERRlewat bangun sekali sekala, tak sihat dan sebaginya. Tak der
gunanya tido banyak dan bermalas-malasan atas alasan nak rehat la macam-macam.
Seorang isteri mithli bukan begitu sifatnya. Hahaha..
Dan kalau nampak penat sangat
sampai tak boleh nak jadi isteri yang baik, tunggu apa lagi.. berhenti kerja
je.. tengok saya ni haa.. rasa tenang sesangat sekarang. Dosa berkurang, pahala
bertambah. Serabut hilang, ketenangan melimpah.. suami pun makin sayang.
Jangan kedekut sangat
Duk dengan keluarga mertua tak
boleh wat kedekut-kedekut tau. Lagi-lagi kalau ada adik-adik ipar yang masih kecil, suka
merengek nak tu nak ni. Masa tu pandai2 la kita berbelanja. Yang penting ikhlas
ye. Jangan berhabis banyak-banyak pastu berkira pulak. Tak guna punya menantu!
Sekali sekala belikan ibu dan
ayah mertua hadiah, terutamanya pada hari raya dan hari kelahiran mereka. Adik-iadik ipar pun sama juga. Tak pun beli kek, raikan ramai-ramai dengan meriahnya. Bahagia
sesangat. Sekali lagi diingatkan, hati kena la ikhlas. Kalau takder duit buat
cara takder duit la. Kalau ada duit pun pandai-pandai la berjimat. Maintaaiinnn jeee..
Satu lagi yang penting sekali
ialah keperluan dapur, sabun cuci
12 comments:
at first saya rasa saya boleh masuk dengan sesiapa sahaja..ehem....tp lepas dengar cerita kawan2, orang2....takut plak nak dok umah mak mertua....erk...lom mak mertua lagi..bakal..insyaAllah...=D
Jangan fikir takut dik.. Fikir macam mana nak menarik hati mereka trhadap kita.. jadilah diri sendiri dan berubahlah ke arah yg lebih baik..sesungguhnya kita boleh fikir mana baik mana buruk..
tip berguna nie ... aaahhh lepas ni ramai2 duk umah mak mertua :)
Tp kena pilih2 mertua jgk...ada mertua yang xsuka anak menantu duk sekali ngn dia..hihi
betul jgk ekk ... ishhh lame lagi nak fikir pasal kawin nie ..jauh lagi perjalanan :)
semoga jadi menantu yang terbaik kelak..
bakal menhadapi siatusi nie....adui risau ~
Mula2 mmg la risaukn.. sbb xkenal sepenuhnya lg...namun percayalah, jika kita jaga tingkahlaku dan hati..semuanya akn baik2 sj..
assalamualaikum sis..tip nie sgt berguna..sy pun isau juga bab akan duduk umah mertua..tp risau juga sebab kak ipar dh pernah bg taw yang pak mertua xsuka duk sekali..itu yang buat sy risau..ye la..nk mnyewa blm da rumah g..hmm...
Waalaikummussalam. . insyaAllah jangan fikir negative. Lain orang lain rupa. .jika kita berjaya kawal nafsu dan berjaya raih hati mereka, insyaAllah kitalah menantu terbaik.. bykkan membantu ringankan kerja2 mereka walaupun hal yg kecil. Rajin2 sediakan kopi utk pak mertua.. hehe
Waalaikummussalam. . insyaAllah jangan fikir negative. Lain orang lain rupa. .jika kita berjaya kawal nafsu dan berjaya raih hati mereka, insyaAllah kitalah menantu terbaik.. bykkan membantu ringankan kerja2 mereka walaupun hal yg kecil. Rajin2 sediakan kopi utk pak mertua.. hehe
Yg smua tu xd mslh kak.. mslhnya skrg sy tggal dgn mertua n adk ipar skli.. ttp diorg suka crboh msuk blik sy dan suami ikot suka ati jer.. bygkanlh kalau sy tgah bkembam k.. tgh bmeara ngan suami k.. prnh skli tu sy duk bpluk ngan suami.. adk ipar msuk blk kitaorg.. suami sy tolak mcm tu j sy.. bila sy bgtw suami sy.. dia wat xendh.. klau hal lain.. sy xksah sgt pn..
Post a Comment