Tuesday, 5 June 2012

Zuriat....

Assalamualaikum...

Bulan ni masuk 1Tahun 5Bulan dah aku kawin. Syukur Alhamdulillah, perkahwinan ku bersama suami tercinta amat membahagiakan. Sesungguhnya jodoh dari Allah itulah yang terbaik buat kami. Serasi dan memahami.. Malah tidak pernah bergaduh dan meninggikan suara. Hidup kami saling melengkapi.

Setiap kali lepas solat pasti aku akan berdoa;

“Ya Allah berikanlah kami kebahagiaan rumahtangga hingga ke akhir hayat kami dan jauhilah kami dari dugaan-dugaan berat yang merenggangkan kasih sayang antara kami, serta kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.”

Walaupun kami belum memperoleh zuriat, tapi aku amat bersyukur dengan kebahagiaan ini. Sudah lama aku impikan sebuah rumahtangga yang bahagia. Sejak dulu lagi aku selalu berdoa semoga dikurniakan seorang suami yang beriman dan boleh membawa aku kepada kebaikan dan kebahagiaan.

Akan tetapi, dengan kehadiran cahaya mata akan melengkapkan lagi kehidupan rumahtangga kami. Namun Allah belum mengizinkan. Mungkin kami masih belum bersedia untuk menjadi ibu dan ayah yang terbaik. Suatu hari nanti Allah pasti akan mengurniakan zuriat yang terbaik diwaktu yang terbaik buat kami. Sesungguhnya perancangan Allah itu amat teliti. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya.

Dengan keadaan ku yang tidak bekerja sekarang, aku sudah bersedia untuk hamil dan menjadi ibu yang terbaik. Emosi pun sudah stabil dan semakin matang. Tidaklah pembengis macam zaman-zaman anak dara dulu. Cuma sifat manja yang menjadi kesukaan suami masih belum berubah. Hehe.

Bulan ni aku sudah mula mengambil ‘folic asid’ 1biji pagi dan malam. Doktor kata ubat ni diambil untuk orang yang sudah bersedia hamil. Aku tidak pernah mengetahuinya sebelum ni sehinggalah terjumpa artikel pasal ‘folic asid’ ni dalam internet. Ubat ni diambil selepas ‘period’ dan berhenti sehingga ‘period’ yang akan datang. Waktu kesuburan pun dah lepas, dan sekarang sedang menunggu hasilnya. Harap-harap berkesanlah bulan ni.

Dalam fikiranku sudah penuh dengan angan-angan Mat Jenin. Aku mengimpikan anak lelaki untuk zuriat pertama. Tapi kalau dapat bayi perempuan pun aku sudah amat bersyukur.  Aku juga mengimpikan sepasang bayi kembar. Teringin sangat nak memiliki bayi kembar. Orang kata susah nak jaga. Tapi aku yakin, jika kehidupanku yang perit selama ini dapat aku laluinya dengan tabah..pasti bayi kembar itu bukan masalah bagiku. Malah aku amat-amat bersyukur dengan kurniaanNya.

Tq 4 reading this entry!

No comments: