Assalamualaikum..
Ee apa la comel sangat dia ni. Geram nak cubit pipi.
25hb
April 2012.. Sebulan yang lalu genaplah umur aku 26 tahun..ish ish..
sungguhku tidak mempercayainya.. Rasa singkat je zaman remaja.. Masih banyak
yang belum diterokai.. Masih banyak
impian yang belum tercapai.. tapi sekarang aku tengah berusaha menggapainya..
Huh!
26tahun hidup didunia.. bermakna 4tahun lagi aku... 30tahun. TIDAAAKKKK..!!
Aku tak nak jadi tua.. harap-harap aku tak nampak tua pun lagi.. Dulu aku nak
masa cepat-cepat berlalu sebab nak hidup bebas tanpa tekanan.. sekarang nak
perlahankan masa pulak sebab takut jadi tua.. Hmm..nampaknya aku adalah antara
manusia-manusia yang tidak menghargai nikmat dan bersyukur.. Oh tidak!..
Sebenarnya
aku tak kisah pun dengan umur.. yang penting aku pandai
jaga diri agar
tak cepat nampak tua dan sentiasa awet muda.. Sesuai sangat la dengan perwatakan
aku yang keanak-anakan dan manja.. barulah suami bangga dan sentiasa tak puas memandang..
segala-segalanya adalah untuk suami daaaa...
Jaga Kesihatan
Mula-mula
kena jaga kesihatan dulu.. kalau tubuh sentiasa sakit dan tidak bermaya, makin
cepat la nampak tua.. muka pun berkerut jer tahan sakit.. keceriaan dan ilai
tawa pasti hilang. senyuman pun semakin hambar. suami pun susah hati.. diri
sendiri lagi la susah hatikan. Tapi Alhamdulillah, tahun ni aku tak demam pun
lagi. Cuma sekarang ni menderita sakit tulang belakang.. macam orang tua
pulak. Mungkin sebab cara tidur yang salah dan keadaan tempat tidur yang tidak
sesuai. Lebih-lebih lagi aku tidak cukup
air.. minum air sikit jer sedangkan cuaca amat panas sekarang.. Kalau
lama-kelamaan masih berterusan macam ni, aku mungkin terkena penyakit yang
lebih serius. Jaga-jaga!
Penjagaan Wajah
And
then.. jeng..jeng..jeng.. yang ni memang penting nih. Kecantikan luaran kita
memang wajib diutamakan.. macam mana nak nampak cantik dan awet muda kalau muka
berkerutu dengan jerawat.. liang roma pulak terbuka.. kulit muka kesat sekali..
bawah mata pun lebam macam kena tumbuk jer.. dengan warna kulit yang tak
sekata. Bab muka ni kena sentiasa rajin.. kalau malas memang nampak kesan
malasnya.. sebulan tak scrub pun muka dah nampak kasar.. liang roma makin jelas
terbuka.. jerawat pun mula la menyusup keluar.
Hati-hati Memilih Produk!!!
Sekarang
tengah tercari-cari produk yang sesuai dan berkesan.. Haruskah aku ambik suntikan
vitamin C? Orang kata cepat berkesan.. tapi kadang-kadang rasa takut juga kalau
melibatkan produk kimia ni.. Kurang percaya dengan kehalalan dan kesan
sampingan yang tak terduga.. manalah tahu kan.. tiba-tiba muka jadi
bengkak-bengkak, merah menyala, menggelupas.. Oi! Takutnya.. Sebelum jadi
apa-apa baik aku hati-hati pilih produk.. Kalau melibatkan vitamin C yang
halal pulak, tentu sekalilah roselle HPA.. halal dan tidak membawa kesan
sampingan.. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, berkesan ke ekk? Apa
kata kalau aku mencuba.. tak la mahal sangat..selamat dan berbaloi pulak tu sebab roselle ada banyak
fungsi untuk badan. Harap-harap mampu
membawa perubahan yang memberangsangkan! Yeah!
Fesyen
Ha..
ni sama penting la juga dengan penjagaan wajah yee.. FESYEN.. hehe.. teruknya kalau pakaian
berserabai macam orang tua lama.. Adoii.. kusutlah jadinya.. kalau umur 26tahun, tentu orang kata umur
36tahunkan? Kecuali la muka memang awek muda dan jelita bak pelakon Korea..
pakai apa pun sesuai maaa... Kena pandai la pilih pakaian beb.. kombinasi warna
yang sepadan.. serta kesesuaian dengan bentuk badan.. Kalau pandai bermain
dengan warna-warna menyerlah, lagi nampak cun. Buat masa sekarang, pakaian aku
masih lagi up to date.. ranggi dan keremajaan... tapi sopan yerp!
Bentuk Badan
Hehe..
yang ni sensitive sikit bagi sesetengah orang.. Sebab bagi aku orang yang
paling cepat nampak tua ialah orang GEMUK.. oh! Tidak.. aku tak pernah terfikir
untuk jadi gemuk dan montel.. sungguh tidak lawa.. pakai apa pun tak sesuai..
pakaian lama habis jadi ketat.. malang-malang.. jangan sesekali jadi gemuk
yerr.. susah nak kurus balik.. tapi masalahnya aku sedang berisi sekarang..
berat badan tak turun sebab tak diet.. 50kg.. muka pun jadi tembam.. paha makin
membesar sebab banyak rehat.. seluar pun habis jadi ketat.. kalau paha dah
membesar, memang tak lawa la pakai seluar.. kena cari baju labuh-labuh sebab
nak tutup kelemahan.. baju pun harus berwarna lebih gelap dan bercorak
kecil-kecil..
Tapi
masalahnya, tu semua menutup kelemahan pada pandangan orang lain sahaja.. suami
kat rumah macam mana pula.. kalau lemak berketul-ketul, perut menggeleber dan
berlipat macam orang tua.. tak ke malu.. sepatutnya pandangan suamilah yang
seharusnya diutamakan.. pastikan tiada kelemahan dalaman dan luaran.. bukan
setakat muka jer kena cantik.
Tq 4 reading this entry!
Tq 4 reading this entry!
6 comments:
nice tips wak...sal umur ni walo camna pun kte kena terima..cam krole dah masuk...hahah! rahasia...tp serius wak..gmbar google plus wak tu terkini kew? kalo terkini pergh! tak nmpk cam 26 pong?
eh???lpe lak..sal pemilihan produk tu krole stuju sgt kena berhati2..sbab skngni kat pasaran banyak jenama tiruan yg tak ada aprove dr GOV~so kena hati2
wahh tips berguna... kena jaga diri dan betul2 buat pilihan produk kalau tidak ..terima effectnya
Lorh...rahsia la pulak..memang awek muda dia tu..Ahh pedulikan dia.jeles i..haha
Benar amat. THANKS
Ye..nanti boleh la nmpak macam Aznil Nawawi tu..hihi
Post a Comment