Saturday, 8 December 2012

Durian Crepe


Assalamualaikum.. ツ

Ribut apakah yang melanda Malaysiaku sejak akhir2 ni? Bau cam duryan je. Ohh..durian crepe.... Apo kobondonyo tuu??

Itulah makanan moden alaf baru yang baru muncul kalau tak silap tahun ni lah, 2012. Sejenis kuih yang didatangkan dengan pelbagai warna sekali tengok macam kuih murtabak mini. Tapi intinya ada durian!

Oh i like duryan! Tapi yang aku peliknya kenapa fenomena DURIAN CREPE ni agak terlampau menggemparkan rakyat Malaysia? Adakah ia memang terlampau sedap atau hanya sekadar makanan glemer ketika ini?

Bila aku buka fesbuk je bau tu terus menusuk lubang hidung. Semua pakat makan durian crepe rupanya. Pastu post gambar dengan pelbagai warna yang menarik. Ada yang siap buat breakfast lagi. Ada yang mengidam sampai suruh kawan dia pos dan sebagainya lah.

Baru2 ni aku pergi ke Majlis Konvokesyen anak sdara aku kat UMT, Terengganu. Semasa tengah ronda2 mencari bunga yang sesuai untuk dihadiahkan, tetiba aku ternampak 1 gerai ni yang terpampang banner DURIAN CREPE!

Maka aku pun singgah la jenguk2. Nak tengok dengan mata sendiri macam mana rupanya durian crepe nih. Tiba2 rasa macam nak mencuba pulak. Huh! Mahal giler beb. RM2.50 SEBIJIK?? Murtabak mini RM1 aku bleh dapat 3 biji tau.

Maka aku pun beli la. Sebijik je. Hahahha.. dasar kedekut nak mam!

Hmm... rasanya bleh tahan la. Macam mana aku nak jelaskan ek. Tapi rasa macam biasaa jee. Tak der la sedap sampai menjilat jari. Alaa...macam kuih2 yang lain jugak. Cuma yang specialnye cuma ada durian kat dalam. 

Itulah realiti kehidupan hari ini. Gempak tahap debomm!! Tapi rupanya.. hmm. Sesuatu benda yang orang kata sedap tak semestinya sedap jugak dimulut kita. Sesuatu benda yang glemer tu bukannya bagus sangat pun. Hahahha..

Khamis baru ni adik2 aku pergi Pasar Minggu Dungun. Balik bagitau aku kata ada durian crepe kat sana. Tapi tak beli sebab mahal nak mam! RM5 sebijik. Erkkkk...Terbeliak mata aku. Rupanya kat Dungun lebih mahal!

Maka cukup lah sebijik yang aku dah try sebelum ni. Lepas ni aku tak beli dah kot. Membazir duit je makan benda mahal2. Kalau tak mengidam laa.. Hahaha
Ok, bye2 penggemar2 duryan crepe!

Cute kan kuih ni

Ni pemandangan kat dalamnya

TQ 4 reading my entry!

3 comments:

Anonymous said...

i like durian crepe

nini said...

sampai sekarang tak pernah makan g...kesian tol la...hehe

Mieza Jhaa K said...

Akak makan sebiji tu je lah..pastu x meletop dah skrg..