Friday, 7 December 2012

Jom kita BERJOGGING

Assalamualaikum..

Selamat pagi buat pembaca2 blog yang dikasihi. Terima kasih tak terhingga sebab sudi blogwalking ke cinta25hb.blogspot.com. Blog yang biasa2 tapi penuh dengan dunia realiti. Eh betol ke ni?

Pagi ni dengan rajin dan penuh semangatnya aku pergi jogging sorang2 kat Taman Rekreasi Pantai Teluk Lipat, Dungun. Haa siap dengan lokasi lagi kau. Kalau korang pergi ke sana jugak pagi2 and terserempak manusia sebijik macam aku ni sila2 la tegur ekk.. “Eh, ni Mieza Jhaa K ke?” hehe.. Kalau jawapannya “Ya, saya la tu” (sambil tersenyum manja), tu bermakna kau tak tersalah orang la. Memang sah2 aku. Sebab aku sorang je pakai nama Mieza Jhaa K atas dunia ni. Hahaha


Inilah taman yang aku maksudkan

Biasanya aku pergi jogging dengan mak mertua. Memang tiap2 hari mak mertua pergi sana. Aku je sebulan sekali. Dasar pemalas. Pastu verangan nak tubuh macam model dan sebagainya. Itu lah manusia yang malas berusaha untuk merealisasikan impiannya dan mengeluh sepanjang masa! Namun dek kerana mak mertua ada hal pagi ni maka aku pergi je la sensorang time rajin ni. sebab nak tunggu rajin datang lagi haa tunggu la sebulan lagii...

Mak oii, ramai betol rakyat Dungun pergi jogging pagi ni. Oo.. patut la ada aerobic free rupanya. Sapa2 nak join masuk je and ikut rentak serta irama yang ditunjukkan oleh beberapa jurulatih aerobic kat depan. Lagu pun memang up to date lah. Rasa terpanggil je nak berjoget kat situ. Namun apa kan daya, rasa malas pulak nak layan aerobic pagi ni. Biasanya aku la yang paling eksaited­­­. Kihkih tau kenapa? Sebab aku nak layan perasaan sambil jogging! Hamboi..biar betol!

Namun itulah relitinya seorang manusia yang bergelar Mieza Jhaa K ni. Sambil jogging pun sempat lagi layan perasaan dan koyas2.  Biasanya semasa jogging tu mata aku suka tengok2 tubuh perempuan lain kat depan dan kaji dari atas sampai bawah. Dimana kekurangan dan kelebihan wanita tersebut. Hahaa.. sadiskan? Teruk betol. Kesian mereka2 yang dah jadi mangsa aku. Tapi tu tak bermakna aku mengutuk orang dalam diam. Tu semua untuk inspirasi dan menambahkan keinginan aku untuk menjaga tubuh badan. Jangan sampai jadi gemok berlemak berketul dan sebagainya.

Kadang2 fikiran aku ni melayang layang je kembali ke masa2 silam dan kengkadang pula melangkau ke masa akan datang. Sedar2 dah 8 pusingan. Kejap jalan lambat kejap laju kejap berlari lari anak. Kemudian tengok jam. Oh 15minit lagi nak cukup sejam. Orang kata kalau nak membakar lemak kena la cukup atau lebih dari sejam. Maka aku usahakan juga sedaya upaya mencapai impian aku yang sedang membara nih. Dapat bakar 0.0002kg pun ok la.

Huh! Akhirnya berjaya jugak membakar lomak pagi ni. dengan seluar yang lembab muka berpeluh dan ketiak basah aku pun melangkah kaki dengan longlai kearah kereta. Dahaga2!! Tak sabar nak togok air masak dalam kereta.


Gambar2 kat bawah ni sengaja di blurkan ye. Supaya korang tak dapat melihat tahap kebasahan yang aku alami dek kerana penyerapan peluh. Hahaa





Aku harap keinginan ku untuk jogging datang lebih kerap dalam seminggu. 3 kali seminggu pun dah bagus untuk turunkan berat 2kg sebulan. Tak gitu? Disamping berdiet la. U olls tahu kan aku sedang berdiet oat sekarang. Masih lagi berjalan lancar ye puan2. Dah seminggu aku berdiet dengan makan oat pagi, tengah hari dan malam. Namun nasi kadang2 tak boleh tinggal jugak. Lagi2 kalau lauk sodap and suami pulak ada kat rumah. Tapi pandai2 la control kuantitinya ok!

Ok lah uolls.. disini saja entry merepek ku buat kali ni.


TQ 4 reading my entry!

No comments: