Thursday, 6 December 2012

Status Facebook Dikecam!

Assalamualaikum uolls.. 

"Salam Sejahtera

Gara-gara gatal tangan menulis status yang entah apa-apa kat facebook, seorang wanita telah dikecam dan dimalukan dengan teruk sekali. Rakan-rakan wanita terbabit yang seramai +-4000 orang dikatakan telah mengomen status tersebut dengan kecaman yang berapi gara-gara status yang meloyakan tersebut."

Hmm.. itulah keratan akhbar Metro Harian yang akan keluar esok. Hah uolls tunggu lah ye.

Rasa macam emo pulak. Tapi aku tak kisah mana pun. Kalau setakat orang nak muntah baca status aku, haa muntah je lah. Peduli apa. Hahaha 

Tu belum jadi artis lagi. Baru nak cuba jadi femes kat facebook dengan update status gempak sebab nak cari publisiti dan dikenali ramai. Kadang-kadang status tu berkaitan dengan keadaan semasa je pon. Tapi biasalah manusia ni. Suka mentafsir sesuatu yang positif menjadi negatif. Suka buat kecoh padahal benda tu tak der kaitan dengan dia pon. Kalau tak faham motif orang update status tu jangan la menyebok ok. Hadooii susah susah!

Kengkawan, inilah yang dikatakan dunia facebook. Macam-macam ragam manusia. Ada yang suka tekan butang like. Ada yang suka komen. Ada yang suka kritik dan sebagainya lagi. Kalau tak tahan tak payah pakai facebook. Senang citer! Tak pun kau pergi kat privacy setting tu ha. Setting kat timeline and tagging tu. Jangan bagi sesapa tengok facebook kau. Kau sorang je bleh tengok. Jadi nak update status apa-apa pun tak der orang nak kesah dah. Hahaha..sadiskan!

Berlambak status budak budak hingusan kat wall fb aku tu. Tak der masa aku nak baca inikan pula nak komen. Tu dia punya hal, buat apa kita nak campur urusan dia kan kan. Kalau rasa menyampah sangat reject je la senang citer. Tak payah nak komen komen sinis dan menyakitkan hati orang. Mencik i tau *gaya pond*


Tq 4 reading this entry!

No comments: