Sunday, 25 August 2013

Tunjuk Malu Depan Suami.

Assalamualaikum.. Pagi tadi buat spageti bukan main sedap lagi. Kuah carbonata yang ditambah ayam cincang..oh lazatnya. Masa bersarapan dengan Mr.k bukan main ayu lagi makan, setengah mangkuk dah mencukupi. Tapi 5 minit selepas pemergian Mr.K ke tempat kerja, baham lagi semangkuk! Hahaha..dasyat punya isteri..tadi bukan main lagi tunjuk ayu. Kononnya malu nak menambah. Ini semua poyooo..

Nah licin dah!

Keletihan baru balik dari majlis rumah terbuka. Beribu-ribu dan berganda-ganda kalori mendap hari ini tanpa pembakaran. Mesej dari kawan sebentar tadi,
' Assalamualaikum warga sihat sekalian..jgn lupa sertai kami tuk kelas aerobik mlm ni..jom same2 dance to the floor sambil bakar lemak..30mnit aktiviti tarian aerobik tanpa henti bersamaan 200-250kcal pembakaran kalori berlaku.. :)

Yang benar: Fits Arena Gymnasium & Aerobic Studio'.

Hmm..esok sajalah..mata dah ngantuk..good nite allzzzzzzzz.

Thanks for reading.
posted from Bloggeroid

No comments: