Sunday, 13 January 2013

Bila Jarak Memisahkan Kita

Assalamualaikum

Bila status pelajar bertukar menjadi pekerja. Bila suasana mula berbeza dikelilingi orang yang lebih matang dalam hal dunia. Lalu hidupku berubah serta merta. Dari seorang pelajar yang tidak matang serta lurus aku bertukar menjadi seorang staff pejabat yang berdikari dan matang, tegas serta ada pendirian hidup. Mungkin tugasan kerja dan herdikan pihak atasan telah mematangkanku.

Dari hari ke hari aku leka dengan hidupku yang dirasakan bebas dan tidak terikat dengan sesiapa. Kita telah berjauhan. Awak nun jauh disana bergelut dengan cabaran untuk masa depan kita. Sedang diriku disini baru mengenal erti kebebasan dan persahabatan yang sedikit demi sedikit telah mengikis suatu perasaan yang amat mendalam dihatiku dulu, RINDU. Ia pudar dari hari ke hari.

Siangku untuk dunia baruku. Malamku hanya menanti hari esok. Bukan lagi untukmu seperti baru-baru kita berjauhan dulu. Telefon sudah kekurangan fungsinya. Jari jemari sudah malas untuk menekan butang telefon. Untuk menyatakan rasa rindu dan cinta. Hari terus berlalu dan cinta kita semakin tiada serinya lagi. Deringan malam sewaktu lenaku dirasakan amat mengganggu. Mesej-mesej cinta darimu bagaikan tiada nilainya lagi.

Segala masalah peribadiku dirujuk kepada rakan-rakan sekerja, bukan lagi dirimu. Kesibukan serta kesempitan masamu disana telah mengalih arahku dan bantuanmu tidak lagi kuperlukan. Aku sudah pandai berdikari dan membuat keputusan sendiri. Dan aku secara perlahan-lahan telah menukar haluan sendiri tanpa pengetahuanmu.

Maafkanku kerana masa dan keadaan telah mengubahku. Maafkanku kerana telah pandai memilih dan ada prinsip sendiri. Bukankah itu yang kau ajarkan dulu? Dan sekarang, inilah diriku yang baru. Yang hanya mengejar satu impian sejak dulu iaitu kebebasan dan kesempurnaan hidup.

Dimataku kau tidak lagi sehebat dulu. Cintamu hanya mainan bagiku. Janjimu hanya satu kekosongan. Kita tidak lagi sebahagia dulu. Hubungan kita bagaikan api yang membahang. Kau adalah api dan aku adalah minyak. Kudis-kudis lama mulai kembali bernanah. Kekecewaan mulai terpancar antara kita.

Sepi.. Yang ada hanya kebencian. Bila bengkak bernanah semakin terik, akhirnya ia pecah jua. Suatu malam, pertanyaanmu bagaikan sesuatu yang ditunggu.

"Apa kesudahan hubungan kita?" Lalu jawabku "Kita bawa haluan masing-masing".

Yess! Saat itu kurasakan bagai ada sepasang sayap telah tumbuh dibelakangku. Lalu aku lena dibuai mimpi indah. Sedang dikau disana dibanjiri air mata kepedihan. Maafkan aku. Semoga suatu hari nanti kau akan jumpa seseorang yang memahami, serasi dan menyintaimu setulus hati. Lupakan aku. Kerana aku tidak layak untuk cintamu.



Tq 4 reading my entry!

No comments: