Sunday, 13 January 2013

Mek Manja!

Assalamualaikum kawan2 semua

Sudah pasti korang semua pun ada kisah pahit manis masa zaman kanak-kanak dulu kan. Terutamanya zaman sekolah rendah. Zaman hingus meleleh. Tiba-tiba teringat zaman sekolah kecil-kecil dulu yang memang terkenal dengan panggilan Mek Manja. Nama glamour ni diberi oleh guru kelas aku masa darjah 1 dulu, Cikgu Baharudin! Ada tahi lalat besar atas tengkuk dia. Bulat. Oppss!

Maklumlah aku ni tak pernah terdedah dengan dunia luar. Duk rumah saja sejak kecil. Tiba-tiba bila masuk umur 7 tahun aku kena pergi sekolah. Masuk darjah 1 terus. Orang lain semua pernah sekolah tadika, tapi aku tak dihantar ke sekolah tadika masa umur 6 tahun. Mungkin sebab ibu bapa aku susah nak hantar dan ambil kot.

Maka bermulalah dunia baru bagiku. Pakai baju sekolah, bawa beg sekolah, ada alat tulis, ada buku-buku. Sebelum ni aku tak pernah kenal dan tak pernah ambil tahu pasal buku dan alat tulis. Tahu main je.. hehe.. Hari pertama sekolah, rasa macam duduk dalam bilik yang sangat asing. Penuh dengan kanak-kanak sebaya aku yang tidak pernah aku kenali. Cikgu masuk kelas dan suruh keluarkan buku dengan pensel, nak belajar menulis. Cepat-cepat buka beg cari buku. Jumpa. Mana pensel? Alamak tak der la. Merata poket aku cari. Hati berdegup kencang. Nak nangis!

Tiba-tiba budak sebelah aku tanya. "Takder pensel ke? Nah ambil saya punya". Ahh lega. Terus ambil tanpa banyak cakap. Tak ucap terima kasih pun. Hehe. Budak sebelah aku tu sekarang adalah antara best frend aku sekarang, Ramlah Ibrahim.

Ok, back to the tittle. Nak citer bagaimana aku digelar dengan panggilan Mek Manja tu. Suatu hari pemadam aku hilang masa kami semua tengah menulis. Sepi je kelas masa tu. Tiba-tiba ada la sorang budak ni merayau-rayau bawah meja dengan muka berkerut serta merah padam sebab cari pemadam tak jumpa! Apa lagi, dah tak jumpa menangis la. Wooooo.. Habis budak-budak semua tengok kat aku.Apesal la manja sangat. Pemadam hilang je pon. Sampai cikgu pun naik pening pujuk aku. Terpaksa la bawak aku pergi jumpa kakak aku kat kelas Darjah 6. Terpaksa la kakak aku pergi beli pemadam baru. Hahahaha.. itulah aku dulu kini dan selamanya.

Dan banyak lagi kes-kes lain aku dah lupa sampai kan cikgu Baharudin tu bagi gelaran Mek Manja kat aku sampai Darjah 6. Lepas tu tak jumpa dah dia sampai sekarang. Agak-agak kalau terserempak kat mana-mana dia ingat tak kat Mek Manja ni? Yang pasti aku pasti ingat dia. Seketul tahi lalat besar ibu jari bertempek kat belakang tengkuk. Ye masih ku ingat.

Dan untuk pengetahuan uolls aku boleh membaca dengan gagap dan berjayanya semasa darjah 2. Haa hebat tak? haha.. Dan aku juga selalu keluar masuk kelas pemulihan sebab tak pandai menulis dengan betol. Pernah tak uolls jumpa budak yang suka tulis abjad terbalik? Contoh D terbalik. S, Z semua terbalik. hmm.. aku pun salah seorang daripadanya. Kahkahkah..

Dan siapa sangka bila masuk darjah 6 aku adalah antara budak yang boleh membaca dengan lancar dan jelas tanpa banyak kesalahan. Dan siapa sangka juga aku adalah budak tingkatan 3 yang kerap kali dapat keputusan terbaik Matematik! Sampai tingkatan 5 akulah juara Matematik! 

Semuanya bergantung kepada usaha kita ye. Tak semestinya kita lemah suatu ketika dulu, kita juga akan lemah hari ini. Oh tidak. Jangan sesekali bersangka sedemikian ok!

Tq 4 reading my entry!

No comments: