Sunday, 24 March 2013

Beza Gadis Dulu & Sekarang

Assalamualaikum

50 tahun dulu kalau ada rombongan lelaki datang merisik ke rumah, anak dara mereka duduk terceruk kat dapur atau dalam bilik saja. Curi-curi dengar dari kejauhan. Kemudian mak datang tanya "Macam mana Bidah? Ada orang datang merisik tu, kau nak tak?".. Kemudian tersipu-sipu malu. Maka si mak pun faham la yang si anak ni setuju letuuu.

Zaman sekarang anak-anak gadis siap wat balik boyfriend ke rumah lagi. Tunjuk dan perkenal kat mak ayah. Mak ayah diam je.. Barangkali setuju letuuu.



Terima kasih sudi baca dan persilakan komen.. :)

15 comments:

seharum kasturi said...

assalamualaikum ... nak wat camna ... mmg dah zamannya ... paling tidak orang tua kita blh menilai melalui perbualan , body language , eye contact ... maklumlah org zmn sekrg ada banyak color ... kalau mrk puas hati n bagi restu , baru blh on trus ...

Ibu Lala said...

tu la dia. kan.

Hasri Anis said...

sebenarnya. Wanita ni seelok-eloknya guna perantaraan orang ke-3 dalam soal mencari pasangan hidup. Orang ke-3 tu mahram bagi dia la. Kalau dah jumpa, boleh la tentukan samada berkenan atau tak..

Apa2 saja yg wanita buat sebenarnya mudah sangat jadi fitnah. Lebih2 lagi dalam hal sebegini. Mulut orang ni susah nak kawal. Jadi, jangan sampai diri kita jadi penyebab orang lain buat dosa. Kalau dah ke hulu ke hilir asyik berdua je dengan teman lelaki yg belum tentu akan jadi suaminya. Manusia mana yg takkan rasa meluat dan janggal?? Benda ni la yg nak kena elak.. kita mungkin boleh kata yg tu hak kita. Tapi, kita kena hormat kat orang lain jugak. Dunia ni bukan kita sorang yg tinggal..

~kalau dah rasa tak sabar sangat. Suruh ayah atau adik-beradik lelaki yg carikan. Tu tanggungjawab mereka. Kalau tak jumpa jugak yg hensem atau yg berkenan di hati. Cari yg beriman dan bertaqwa. Tak hensem pun takpe..
Lelaki yg ada agama ni kalau dia betul2 sukakan pasangannya, dia akan curahkan sepenuh kasih dan sayang terhadapnya. Kalau dia tak suka, dia takkan berlaku zalim terhadap pasangannya..

-maaf la akak sbb panjang sangat-

kopi pasta said...

aku rasa jadi macam tu sebab anak2 sekarang ni bijak2 pandai2 pemikirannya sampaikan ibu bapa nak tegur pon tak tahu caranya. last2 anak2 bebas buat apa2

Mieza Jhaa K said...

Terima kasih HAsri..Akak memang suka komen Hasri..Pasti ada ilmu nak disampaikan.. :) Akak amat menghargainya..

Mieza Jhaa K said...

Ye zaman moden memang begitu.. Semua berubah mengikut kesesuaian keadaan..

Mieza Jhaa K said...

Ye begitulah bebudak zaman sekarang..

Mieza Jhaa K said...

Haa boleh jadi tu.. anak2 terlajak cerdik ni langsung xrespect ibu bapa..

Hanif Idrus said...

Zaman dulu dan sekarang beza yek...

Mieza Jhaa K said...

Of course la En.HAnif... harga barang pun berbeza jgk dulu dan skrg.. :)

Aku Penghibur said...

memang betul sangat berbeda.. orang dulu ibu bapa cari calon dan bahagia sampai akhir hayat...orang sekarang nie .. nanti balik dia salahkan mak ayah mereka bila hubungan mereka bercerai... sebab ibu bapa carikan .. ta pelah bila bawk balik sekuragnnya kita dapat lihat bagaimana peragai dan budi bahasanya..

Seneorita Baharin said...

betul3 setuju sgt. donia3...hee

Mieza Jhaa K said...

Mmg dashat budak skrg.. apa yg ibu bapa ckp serba xkena.. xper ada pilihan sendiri asalkn memenuhi syrat sbgai org Islam..

Mieza Jhaa K said...

Kesimpulannya.....Memang kita terikut peredaran masa...namun kena ada perasaan malu juga sbgai seorang gadis...∩__∩

Nurul Aini said...

Saya gadis dulu kot kak..kihkih..harap2 jadi macam itu. Sokong akak cakap, kena ada perasaan malu. Kalau tak ada perasaan malu, bererti hilanglah iman kita. Malu itu separuh daripada iman kita. Pantang bagi saya kalau anak perempuan bawa lelaki balik..macam pelik je. Lain lah dah ada ikatan. Saya setuju dengan komen Blogger Hasri di atas tu. Guna orang ke3/ orang tengah lagi baik..